Tahniah PU Syed , Juara Pencetus Ummah Musim Ketiga

Thursday, November 26, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....



Tahniah buat juara Pencetus Ummah musim ketigaPU Syed.

Tempat kedua jatuh kepada PU Taha, tempat ketiga dimenangi oleh PU Zaid dan tempat keempat dimenangi oleh PU Amin.

Persembahan mantap dengan tazkirah bertajuk 'Masjid Mengapa Engkau Dipinggirkan' nyata membuahkan hasil kepada PU Syed. PU Syed turut disokong oleh PU Lokman dari Pencetus Ummah musim ke-2 dalam persembahan duet dengan tajuk tazkirah 'Malam Pertama di Barzakh'

Pencetus Ummah musim ketiga peringkat akhir menyaksikan persaingan antara empat orang PU iaitu PU Zaid, PU Syed, PU Amin dan PU Taha. Secara keseluruhannya kesemua PU menunjukkan keyakinan dalam menyampaikan hujah masing-masing yang padat dengan dalil dari ayat-ayat Al-Quran.

Selain persembahan mantap dari PU Syed, antara persembahan lain yang menarik ialah persembahan PU Zaid dengan tajuk 'Oh My Solat' , mengenai kesilapan-kesilapan dalam solat sangat-sangat menarik dan dekat di hati. Begitu juga dengan persembahan duet dari PU Amin dan PU Rahmat dari Pencetus Ummah musim pertama, dengan tajuk 'Jihad atau Jahat' yang menampilkan cara persembahan debat yang berlainan daripada konsep yang biasa.

Tazkirah 'Andai Rasulullah Masih Berada Bersama' yang disampaikan secara bersama oleh Imam Muda Asyraf, PU Hafiz dan PU Azman sangat menyentuh hati. Memetik kata Imam Muda Asyraf, (selepas menyentuh mengenai Rasulullah tersenyum melihat para sahabat yang tersedia di saf untuk bersolat) andai Rasulullah masih ada, adakah Baginda akan tersenyum melihat apa yang dilakukan oleh umatnya ketika ini? :(

Pencetus Ummah memang rancangan yang lain daripada yang lain.

Tahniah Pencetus Ummah. Duniaku, Dakwahku!



Senarai persembahan PU peringkat akhir Pencetus Ummah musim ketiga:

Persembahan Solo

PU Zaid : Oh My Solat
PU Syed : Masjid Mengapa Kau Dipinggirkan
PU Taha : Berikan Bunga Kepada Ummah
PU Amin : Ayahanda Pandanglah Wajahku


Persembahan Duet

PU Zaid & PU Azihal : Mudahnya Mendapatkan Rezeki
PU Syed & PU Lokman : Malam Pertama di Barzakh
PU Taha & PU Fakhrul : Virus Di Medan Sosial
PU Amin & PU Rahmat : Jihad Atau Jahat




0 comments: