Kelayakan Piala Asia 2019 : Malaysia lawan Palestin (12 Nov 2015)

Thursday, November 12, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pusingan kelayakan Piala Asia 2019,  Malaysia lawan Palestin di stadium berkecuali, Amman International Stadium,  Jordan.

Siaran langsung di Astro Arena jam 10 malam ini.

harimau malaya
Sumber : FB HarimauMalaya


Berdebar-debar dan teruja tak nak tonton?

Saya memang teruja dengan perlawanan melibatkan pasukan Harimau Malaya.

Tapi dengan kekalahan 6-0 kepada Palestin pada pusingan pertama yang lalu, saya jadi tidak teruja sangat dengan perlawanan malam ini.

Bukan nak merendah-rendahkan kemampuan Harimau Malaya untuk membuat kejutan. Cuma tak mahu berharap tinggi sangat nanti harapan berkecai tak tertanggung pedihnya (ayat poyo).

Peluang untuk layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2018 dah tertutup dengan keputusan seri 0-0 Palestin melawan Arab Saudi, 9 November lepas.

Kini yang tinggal hanyalah semangat juang untuk memintas Palestin untuk kedudukan tempat ketiga dalam kumpulan bagi mencerahkan peluang ke Piala Asia 2019.


kelayakan piala asia 2019

Ketepikan kata-kata hinaan dan kutukan,

Ayuh Harimau Malaya, tunjukkan Malaysia Boleh!

Jom kita ramai-ramai beri sokongan depan tv malam ini!


malaysia lawan palestin
Sumber : FB HarimauMalaya


#MalaysiaLawanPalestin
#PialaAsia2019

0 comments: