Mari Bersama Buat Mereka Gembira

Saturday, November 07, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pernah dengar mengenai The Telekung Project tak?

Bermula dengan mencuci telekung-telekung wakaf di surau-surau awam, kini, sehingga hari ini, telah banyak projek-projek kebajikan yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh The Telekung Project.

Orang kuat The Telekung Project ialah Puan Azila Aziz bersama 2 anak kesayangannya, Sofea dan Hana. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, Sofea juga bijak menjalankan aktiviti menjual sambil berdakwahnya sendiri dengan terwujudnya Buai Creative.

Bagi bulan November, Telekung Project (PPM-018-10-15082012) akan menjalankan project SCHOOL4UKHWAH: PERSEDIAAN KE SEKOLAH 2016, MARI BERSAMA BUAT MEREKA GEMBIRA dengan mensasarkan edaran bantuan persediaan ke sekolah kepada 1000 insan yang memerlukan (anak yatim & miskin) terpilih seluruh Malaysia.
 
school 4 ukhwah

Anggaran peruntukkan perbelanjaan utk setiap anak adalah seperti berikut:
Set Uniform = RM 80
Set Kasut & Stokin = RM 30
Alatulis = RM 20

Jika anda berminat untuk menyumbang dan inginkan maklumat lanjut, jom follow FB Telekung Project! 


#MariBersamaBuatMerekaGembira

0 comments: