Beto Kusyairy dan Baju Melayu

Monday, November 09, 2015 Ana 0 Comments


Beto Kusyairy dan Baju Melayu


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tak nak ulas sangat mengenai Anugerah Skrin 2015 sebenarnya, sebab saya pun bukannya tengok semua filem dan drama yang tercalon pandai nak ulas pasal dunia hiburan ni.

Satu saja nak ulas/komen/mention daripada Anugerah Skrin 2015 setakat yang saya tengok malam tadi (saya tak tengok sampai habis pun):

Pakaian Beto Kusyairy paling menarik!
Sumber : Kosmo

Tak kisah lah jika bagi sesetengah orang pakaian Beto itu tak menepati tema majlis, iaitu Raikan Bintang.

Bagi saya, baju Melayu yang dipakai oleh Beto itu paling menarik di sebalik keghairahan selebriti lain (terutamanya selebriti wanita) nak dapatkan penaja/sponsor bagi pakaian mereka, atau pun tempah khas pakaian yang unik dan lain dari yang lain untuk kelihatan menonjol di majlis anugerah ini

Dan tambah menarik bila Beto menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Filem untuk filem Gila Baby (saya belum tengok filem ini). Kalau tak menang, tak ramai yang dapat melihat kelainan pakaian Beto untuk majlis Anugerah Skrin 2015 ini kan!


0 comments: