Tunggu 70 hingga 77 tahun untuk tunaikan haji.

Friday, November 27, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Selepas berita kurang menyeronokkan mengenai kos tunai umrah dan haji naik 30% baru-baru ini, kini satu lagi berita kurang menyeronokkan bagi umat Islam yang ingin menjejakkan haji ke kota suci Mekah Al-Mukarramah bagi mengerjakan haji.

"Sebahagian daripada 1.8 juta umat Islam daripada pelbagai peringkat umur di negara ini yang telah mendaftar untuk menunaikan ibadah haji perlu menanti antara 70 hingga 77 tahun sebelum berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima itu" - Utusan Malaysia

Daripada 1,8 juta yang telah mendaftar haji tersebut, 10,000 orang adalah mereka yang terdiri daripada warga emas yang berusia 75 tahun ke atas.

Nak menunggu sehingga 70 atau 77 tahun untuk tunaikan haji bukanlah suatu jangka masa yang singkat.

Selain daripada menyemak semula tawaran haji yang diberikan kepada individu yang mendaftar semula selepas 5 tahun mengerjakan haji (bermakna telah menunaikan haji dan hendak pergi mengerjakan haji sekali lagi), mungkin pihak Tabung Haji dan menteri yang berkaitan boleh mencari alternatif lain bagi mengatasi masalah terpaksa menunggu giliran yang lama untuk tunaikan haji ini.

Mungkinkah ada peluang untuk membuat rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi menambah kuota haji bagi Malaysia?

Mungkin kah boleh dikaji semula sekiranya ada rombongan 'orang-orang' berada atau berkemampuan yang dapat 'menyelit' untuk mengerjakan haji setiap tahun?

Saya sekadar memberi pandangan yang tak seberapa. Kasihan melhatkan pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang terpaksa menunggu giliran yang lama untuk tunaikan haji sehingga telah uzur tetapi masih menggagahkan diri bila seruan haji telah tiba.



0 comments: