Cerita kurang menyeronokkan..

Wednesday, November 11, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Cerita kurang seronok semasa Buletin Utama tadi.


Cerita 1 : Kos umrah naik 30% mulai Jumaat ini.

- Bagi jemaah yang ingin menunaikan umrah musim baru , kos umrah kini telah naik sebanyak 30%.
Ini bermakna jika sekarang kos umrah adalah sebanyak RM4900, jemaah umrah kini perlu membayar sebanyak RM6370.
- Kenaikan ini adalah disebabkan kejatuhan nilai ringgit berbanding matawang riyal Saudi.
- Kenaikan kos antaranya melibatkan kenaikan dalam kos penyediaan visa, tempat tinggal dan penyediaan makanan.

Keputusan kenaikan ini semestinya telah mengambil kira pelbagai faktor. Agak melegakan bila Presiden Persatuan Agensi-agensi Pelancongan dan Pengembaraan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Datuk Syed Razif Al Yahya mengatakan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan dalam pakej umrah masih dikekalkan.

Kenaikan kos ini dikatakan hanya berlaku ketika nilai ringgit rendah dan harga pakej akan kembali kepada harga asal setelah nilai ringgit stabil.

Harap-harapnya begitu lah. Di Malaysia ni, bukan senang nak tengok harga barang kembali turun setelah dinaikkan!



Cerita 2 : Keuntungan Petronas merosot sebanyak 57% 

- Keuntungan bersih Petronas berbanding tempoh yang sama tahun lalu merosot daripada RM54.9 billion kepada RM23.8 billion bagi tempoh 9 bulan berakhir 30 September 2015.
- Pendapatan Petronas merosot sebanyak 25% kepada RM187.6 billion berbanding RM249.8 billion pada tahun lalu.
- Kemerosoton keuntungan bersih dan pendapatan ini menurut Presiden dan CEO nya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin adalah berikutan kelemahan berterusan harga minyak mentah di pasaran.



Dalam banyak perkara yang naik sejak kebelakangan ini, ada juga yang mengalami penurunan ya.

Yang penting, pekerja Petronas tidak perlu risau kerana CEO nya telah memberi jaminan Petronas tidak akan menberhentikan pekerja tetapnya. Dengan pemberian dividen yang lebih rendah kepada kerajaan pada tahun depan (16 billion tahun depan berbanding 26 billion pada tahun ini), harapan yang tinggi diletakkan agar harga minyak rendah tidak berterusan.


Yang terkesan dengan 2 cerita ini sudah semestinya rakyat jelata juga.

Bagi yang menabung untuk mengejakan umrah/haji, tabungan perlu ditingkatkan atau masa menabung terpaksa dilanjutkan,

Bagi yang bukan pekerja tetap Petronas (pekerja yang bekerja secara kontrak dengan Petronas), adakah akan terkesan dengan kemerosotan keuntungan Petronas ini? Atau adakah kesannya sekali lagi terhadap harga minyak di negara ini? Naikkah atau turunkah?


Apa-apa pun , doakan lah yang terbaik untuk negara ini.


 

0 comments: