Rumah sewa murah tapi liat bayar sewa rumah?

Tuesday, November 24, 2015 Ana 3 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda ada rumah sewa? Penyewa liat nak bayar sewa rumah?

Mesti pening kepala kan nak fikirkan cara supaya penyewa bayar sewa rumah secara konsisten setiap bulan. Alangkah bagusnya penyewa bayar duit sewa rumah tiap-tiap bulan tanpa perlu tuan punya rumah 'bertanya khabar' mengenai duit sewa rumah setiap kali hujung bulan?

Itu juga masalah yang sama dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan yang menguruskan penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Masalah penyewa yang liat nak bayar sewa bulanan RM124 memang boleh timbulkan rasa tidak puas hati pada ramai lagi yang memohon untuk mendapatkan rumah sewa di PPR.


projek perumahan rakyat
Gambar hiasan
Sumber : jnaikhtisas
Bukan senang nak dapat rumah sewa murah sekarang ini. Dengan kos harga rumah mahal dan segala macam keperluan yang naik harga, penyewa rumah PPR sepatutnya berasa bertuah dan bersyukur dengan adanya rumah sewa murah PPR ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban untuk kos kediaman.

Memang tak sepatutnya bagi pemilik atau penyewa PPR yang kadang-kadang kita lihat ada sampai 2 atau 3 biji piring Astro di rumahnya tapi 'tak mampu' pula nak membayar sewa PPR. Tambah tak adil dan tak patut bila pemilik atau penyewa PPR yang menyewakan pula unit rumah sewa mereka kepada pihak ketiga termasuk warga asing. Ini dah kira sebagai penyalahgunaan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dan lari dari matlamat sebenar kerajaan yang menyediakan rumah sewa PPR untuk rakyat miskin dan kurang berkemampuan. Mengikut laporan yang disiarkan di akhbar , sewa rumah tertunggak sehingga kini telah mencapai RM50 juta!

Adakah RM124 itu terlalu mahal dan tidak mampu ditanggung oleh penyewa? Saya pasti pihak berwajib telah buat penilaian daripada pelbagai sudut sebelum menetapkan bayaran sewaan sebulan bagi setiap unit rumah PPR yang kos pembinaannya mencecah RM150,000 itu.

Jika benar ada masalah untuk membayar sewa rumah, mungkin ada jalan penyelesaian melalui perbincangan dengan pihak berwajib untuk kebaikan bersama. Jangan lah hanya diam membisu seribu bahasa hingga sewa rumah tertunggak dari bulan ke bulan.

Jika masih dengan kedegilan dan liat nak bayar sewa rumah, jangan ada pula penyewa PPR yang marah jika berhadapan dengan tindakan kena usir dari PPR nanti!





3 comments:

  1. Salam sy nak bayar seaa secara online kt maybanm2u... Tpi bila masukkan no acc.. Semua xbole... Kalau bole bagi tunjuk ajar...

    ReplyDelete
  2. Salam sy nak bayar seaa secara online kt maybanm2u... Tpi bila masukkan no acc.. Semua xbole... Kalau bole bagi tunjuk ajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Team Blogger. Terima kasih ya singgah blog saya. Ada error tak masa masukkan no acc tu? Mungkin boleh catatkan error yang ditulis di skrin dan maklumkan pada Maybank Customer Service di talian 1800-88-6688 untuk bantuan...

      Delete