Jom terbang patuh syariah!

Saturday, November 07, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Pramugari-pramugari cantik berhijab dan menutup aurat.

Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan.

Tiada minuman alkohol dihidangkan dalam penerbangan.

Semua yang di atas akan menjadi kenyataan dalam penerbangan domestic di Malaysia bila sebuah syarikat penerbangan tempatan, Rayani Air menawarkan konsep pematuhan syariah sepenuhnya dalam operasinya. Travelling yang patuh syariah, menarik tu!

Rayani Air
Sumber : FB Rayani Air

Buat masa ini, syarikat ini menjadikan Langkawi sebagai hab nya dan akan memulakan operasinya hujung bulan November jika berjaya melepasi audit teknikal terakhir oleh Jabatan Penerbangan Awam pada 11 November ini yang melayakkan syarikat ini menerima sijil pengendali udara.

Menariknya Rayani Air ini adalah milik bulan Islam iaitu A. Ravi sebagai Pengarah Urusan Rayani Air Sdn Bhd. Rayani adalah gabungan nama beliau dan isterinya, Datuk G.Karthiyani.

Laluan operasi permulaan adalah Langkawi, Kedah - KLIA - Kota Bharu, Kelantan.

Kalau anda selalu travel ke 2 destinasi ini, boleh lah cuba penerbangan baru ini bila dah mula beroperasi nanti. Mungkin boleh dapat rasai travel experience yang baru dan nilai sendiri konsep pematuhan syariah penerbangan ini.

Anda suka travel? Percaya tak syarikat pelancongan boleh jana keuntungan luar biasa dengan perkhidmatan pelancongan yang mereka sediakan. Klik sini untuk tahu lebih lanjut.

Seronok kan bila ada yang telah mula peka dan prihatin dengan konsep patuh syariah dalam penerbangan ini.

#LetsFly


0 comments: