Tudung canggih beri manfaat kesihatan

Friday, March 25, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tudung cas tenaga semulajadi. Tudung pertama di dunia beri manfaat kesihatan.

Bagi sesetengah orang ayat di atas mungkin bermakna dengan pakai tudung boleh beri manfaat kesihatan kepada si pemakai. Itu juga lah yang saya faham bila baca ayat penyata di atas. Contohnya bila pakai tudung ini boleh lindungi daripada sinaran matahari dan sebagainya.

Tudung beri manfaat kesihatan
Sumber : Utusan Malaysia 25 Mac 2016

Tapi dalam kenyataan di atas ini, memang tudung itu betul-betul ada fungsi yang boleh beri tenaga semulajadi kepada si pemakai nya. Menurut pengasasnya sebagaimana yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia, tudung tersebut ada aura tersendiri yang melalui proses teknologi zero poin. Antara manfaat tudung ini ialah dapat lancarkan pengaliran darah ke otak, kurangkan stress, menggalakkan pertumbuhan rambut, mengurangkan pening dan migrain serta dapat mencerdaskan minda.

Tudung canggih
Sumber : Utusan Malaysia 25 Mac 2016

Pertama kali saya dengar ada tudung sebegini (atau saya yang ketinggalan zaman, tak up-to-date dengan perkembangan fesyen tudung terkini?). Yang pertama kali saya dengar pakaian ada fungsi boleh kuruskan badan dan putihkan kulit ialah jersi yang diperkenalkan oleh Dr Vida QuPuteh yang boleh berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai dan mampu bakar lemak.


Canggih ciptaan tudung ini. Selain ada manfaat kesihatan, mungkin juga boleh menarik minat wanita yang belum bertudung untuk mula bertudung. Ya lah, mungkin pada mulanya memilih untuk memakai tudung canggih ini sebab mahukan manfaat kesihatan yang ada pada tudung tersebut, tapi lama kelamaan tak mustahil timbul keikhlasan untuk bertudung dan tutup aurat atas tuntutan agama.

Saya tetap setia dengan tudung bawal!
:)


2 comments:

  1. Haiz.. dah semua benda ada cas ye. Dulu rantai, lepas tu gelang tangan, lepas tu kad, sekarang tudung pulak? Tudung tu kan kain, kalau dah boleh ada cas aura positif kenapa setakat jadikan tudung? jadikanlah juga kain, baju, seluar, kan lagi baik satu badan beraura?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kan, alang-alang ada aura, biar satu badan beraura. Mungkin pengasasnya nak test market dulu, kalau tudung dpt sambutan, mungkin lepas ni akan ada jubah dan baju kurung yang beraura :)

      Delete