Reunion sekolah & cikgu lelaki saya

Thursday, March 24, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Reunion sekolah menengah saya tinggal kurang lagi 30 hari. Admin yang handle group FB untuk reunion ini semakin giat post entry-entry untuk menimbulkan keterujaan bekas-bekas pelajar untuk hadiri reunion yang ke 20 tahun ini.

Reunion sekolah menengah


Memang tak sangka ada kawan-kawan sekelas dulu ada yang dah jadi orang popular. Ada yang jadi penerbit filem Ola Bola, ada yang jadi penyampai berita dan kahwin dengan selebriti, ada yang jadi pengarah rancangan realiti dan macam-macam lagi.

Saya tak dapat join sebab dah ada plan lain yang dirancang terlebih dulu. Mula-mula itu tak rasa excited sangat pun pasal reunion ini, tapi bila nampak satu post mengenai cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dulu, terasa nostalgia sangat kenangan semasa di sekolah menengah.

Nostalgia zaman sekolah

Dalam post itu admin siap letak gambar terkini bekas cikgu kami dulu. Gambar itu ialah gbar salah seorang daripada 3 cikgu lelaki yang mengajar di sekolah menengah saya dulu. Memang cikgu lelaki yang seorang ini jadi perhatian kami dulu sebab antara 3 cikgu lelaki itu, cikgu yang seorang ini yang masih bujang (pada masa itu). Maklumlah sekolah saya semua pelajar perempuan, bila ada jantina lain memang itu lah yang jadi perhatian!

Pertama kali nampak gambar cikgu dalam post itu buat saya termenung lama. Termenung lama bukan sebab cikgu itu masih handsome seperti dulu, tapi termenung sebab tak sangka dapat lihat cikgu yang muda belia mengajar saya dulu, kini dah nampak berusia. Cepat sungguh masa berlalu!

Bila nampak gambar cikgu lelaki itu terus teringat balik zaman sekolah dulu. Teringat yang saya dan kawan-kawan pernah 'buli' cikgu lelaki itu semasa kelas kemahiran hidup. Kami menyorok dalam stor beramai-ramai dan intai cikgu yang tengah terpinga-pinga cari ke mana pelajar-pelajarnya tiba-tiba hilang dari bengkel kemahiran hidup itu. Teringat yang cikgu itu pernah buat kawan saya hampir menangis semasa cikgu itu tanya soalan dalam kelas. Teringat yang cikgu itu juga lah yang 'berlakon' jadi pengantin lelaki semasa sambutan hari guru di sekolah.

Reunion ini nanti bukan saja menghimpunkan semula bekas pelajar, tapi turut sama menjemput bekas cikgu yang pernah mengajar kami.

Argh, ini yang buat saya rasa rindu sangat dengan zaman sekolah ni!


0 comments: