Larian Amal UEM Group sempena ulangtahun ke-50 UEM Group Berhad.

Sunday, March 13, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berakhir sudah Larian Amal UEM Group yang diadakan sempena menyambut ulangtahun ke-50 tahun penubuhan UEM Group Berhad. Ini adalah larian lokasi pertama melibatkan Lebuhraya NKVE di antara Shah Alam dan Bukit Lanjan. Dua lagi lokasi larian akan diadakan di Kangar, Perlis pada 29 Mei dan Iskandar Puteri, Johor pada 6 Ogos.

Larian Amal ini mendapat sambutan lebih 6,500 peserta yang berkumpul seawal jam 5 pagi lagi.
Lebuhraya NKVE di antara Shah Alam dan Bukit Lanjan telah pun ditutup kepada laluan kenderaan mulai jam 12:30 pagi sehingga jam 10 pagi tadi. Empat kategori yang dipertandingkan ialah kategori 21 kilometer, kategori 12 kilometer, kategori 6 kilometer dan kategori 3 kilometer Fun Run.


uem charity run

uem charity run

uem charity run

uem charity run

uem charity run

uem charity run


Seronok juga melihatkan peserta yang pelbagai peringkat usia memeriahkan larian amal ini. Berlari sambil menderma kepada badan-badan kebajikan. Antara badan-badan kebajikan yang terpilih ialah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Yayasan Tuanku Syed Putra, Yayasan Institut Jantung Negara, Persatuan Orang-orang Buta Malaysia dan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia.

Saya pun dah lama tidak terlibat dengan acara-acara larian begini, yang last sekali saya sertai ialah semasa di sekolah rendah! Seingat saya larian itu dinamakan Larian Hijau, dan pada masa itu larian tersebut dilepaskan (flag off) oleh Tun Ahmad Badawi. Dah namanya pun Larian Hijau, lepas saja tamat acara, setiap peserta dapat sijil penyertaan dan sebatang pokok kecil dalam beg polisterin.

Selain Larian Hijau, larian lain yang saya 'secara tak langsung terlibat' ialah larian Standard Chartered tahun 2014. Saya bukan terlibat dengan jadi peserta larian, tapi saya jadi 'mangsa' yang terlibat dengan penutupan jalan raya! Malam sebelum penutupan jalan saya kena bertugas di pejabat mula jam 2 pagi. Silap saya juga, selepas habis tugas di pejabat dalam pukul 7 pagi, patutnya kena cepat-cepat balik untuk elak penutupan jalan. Last-last tersangkut sana-sini sebab kebanyakan jalan dah ditutup.

Bagi yang memang minat dan 'kaki' aktiviti larian sebegini, larian Standard Chartered dan Larian Bursa Bull Charge sememangnya ditunggu-tunggu setiap tahun. Untuk tahun 2016 ini, Standard Chartered KL Marathon 2016 dijadualkan akan berlangsung pada Ahad, 7 Ogos 2016. Bagi senarai lengkap acara-acara larian yang akan diadakan di seluruh Malaysia, boleh lah rujuk kepada blog ini (klik sini).


0 comments: