Dugaan hari ini : Power stereng rosak

Thursday, March 03, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Siapa yang pernah bawa memandu dan tiba-tiba stereng kereta anda jadi keras tak boleh nak pusing?
Siap ada bau terbakar lagi?

Dugaan ketiga saya ketika memandu berlaku hari ini!

Selepas dugaan tayar kereta pancit tengah jalan dan dugaan kereta tak boleh start baru-baru ini, tengahari tadi sekali lagi saya diuji.

Yang paling bersyukurnya saya ialah masalah itu berlaku ketika dah hampir nak sampai ke rumah. Tak dapat saya bayangkan kalau berlaku masa memandu kat tengah jalanraya yang sibuk!

Lagi 5 minit nak sampai ke pintu rumah, saya pun dengan konfidennya belok ke simpang kanan macam biasa. Yang tak macam biasanya ialah stereng kereta saya (kereta mak saya) tiba-tiba jadi keras, tak boleh nak pusing! Saya dah pun separuh masuk ke simpang kanan itu. Ada kereta lain yang hon saya mungkin marah sebab saya tiba-tiba kereta saya berhenti tak bergerak-gerak menghalang laluannya.

Saya ingatkan saya ada terusik gear, dan termasuk gear lain, ataupun handbrake tak angkat (tak logik juga kan sebab dah jauh perjalanan dah nak sampai ke rumah pun), tapi bila check memang tak berlaku pun benda-benda itu.Saya cuba juga sekuat hati pulas stereng itu dan kereta pun bergerak sedikit ke tepi jalan. Terus saya berhentikan enjin tak berani nak teruskan perjalanan,

stereng kereta tak boleh pusing dan ada bau terbakar

Tambah pula ada bau macam benda terbakar, mula lah saya panik. Di kepala terus terfikir takut kereta ini meletup! Terus saya cepat-cepat kemas barang dan minta anak saudara saya keluar dari kereta. Saya tinggalkan kereta di tepi jalan dan saya dan anak saudara pun berjalan kaki lah di tengah-tengah terik matahari itu ke rumah.

Macam biasalah kalau ada problem dengan kereta, memang akan minta bantuan daripada pakcik saya. Pakcik saya kata mungkin ada masalah dengan hos power stereng sebab itu stereng jadi keras. Masa pakcik saya drive bawa balik kereta itu ke rumah pun katanya memang susah nak pulas stereng. Nanti esok kena hantar kereta ke bengkel untuk repair apa yang patut.

Memang panik bila berlaku benda-benda macam itu, tapi sangat bersyukur sebab tiada benda buruk yang berlaku. Yang paling teruk boleh saya bayangkan ialah saya tengah nak masuk simpang tiba-tiba stereng tak boleh nak gerak dan masa yangs ama ada kereta laju datang dari arah bertentangan. Na'uzubillahi Min Zalik, moga dijauhkan oleh Allah daripada perkara tersebut...


Baca juga:
Bateri kereta yang mahal...
Cerita hari ini : Langit tidak selalunya cerah





0 comments: