Cuti bersalin 6 bulan, berita gembira buat warga Digi

Sunday, March 27, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berita gembira untuk warga Digi, terutamanya yang sedang mengandung dan akan bersalin tidak lama lagi. Digi syarikat pertama di Malaysia yang akan memberikan cuti bersalin bergaji selama 6 bulan kepada pekerjanya. Ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan wanita dalam sektor digital.

digi perkenal cuti bersalin 6 bulan


Memang cuti bersalin bergaji selama 3 bulan yang digunapakai di kebanyakan syarikat swasta sekarang ini tidak mencukupi untuk si ibu mendapat rehat yang secukupnya selepas bersalin. Bayi yang baru dilahirkan juga masih terlalu kecil untuk ditinggalkan di rumah pengasuh atau taska. Hubungan yang erat antara ibu dan bayi masih baru ketika itu dan tak hairan lah semasa bekerja di pejabat dulu, saya selalu mendengar aduan kawan-kawan yang baru mula bekerja selepas cuti bersalin yang selalu teringat-ingat akan keadaan bayi yang ditinggalkan di rumah pengasuh. Bila dah teringat-ingat selalu pada baby, memang si ibu susah nak fokus buat kerja di pejabat.

Pastinya pihak Digi telah membuat penelitian yang mendalam sebelum membuat keputusan memanjangkan tempoh cuti bersalin bergaji bagi pekerjanya. Sudah pasti keputusan ini telah mengambil kira jumlah kakitangan yang mencukupi untuk menampung kekosongan staf yang cuti bersalin, kepakaran staf yang ada mampu untuk menjalankan tugas yang diambil alih daripada staf yang cuti bersalin dan juga ketiadaan staf yang cuti bersalin tidak memberi sebarang kesan kepada mutu perkhidmatan yang disediakan untuk pelanggan-pelanggan Digi.

Dan mungkinkah ada sebarang elaun khas atau ganjaran kepada pekerja yang mengambil alih tugas pekerja lain yang cuti bersalin selama 6 bulan itu? Ini penting juga bagi mengelakkan pekerja rasa terbeban dengan tambahan tugas yang diambil alih. Atau adakah akan diambil pekerja sementara untuk menampung kekosongan perkerja yang cuti bersalin itu?

Diharap juga cuti bersalin selama 6 bulan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh si ibu untuk keperluan bayi mereka dan tidak disalahgunakan untuk membuat kerja-kerja sampingan yang lain.

Pada masa ini, Malaysia merupakan negara yang paling singkat cuti bersalinnya berbanding negara-negara lain di dunia, rujuk info di sini.

Adakah akan ada syarikat-syarikat swasta lain yang akan mengikut jejak langkah Digi dalam hal cuti bersalin ini?


0 comments: