Idea bisnes dan virus zika

Wednesday, March 23, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Idea perniagaan atau idea bisnes yang baik adalah bisnes yang boleh menyelesaikan masalah-masalah orang lain. Maksudnya, bisnes kita itu bukan setakat memberi keuntungan dari segi kewangan kepada peniaga, tapi dalam masa yang sama memberi manfaat kepada orang lain.

Idea bisnes daripada masalah

Mungkin boleh diberi contoh artikel yang saya baca di suratkhabar hari ini. Sebuah syarikat memperkenalkan baju mengandung yang boleh mengelakkan gigitan nyamuk.

Baju mengandung elak zika

Baju mengandung keluaran sebuah syarikat di Brazil itu mengambil inspirasi daripada virus Zika yang menyerang Amerika Latin baru-baru ini, virus bawaan nyamuk yang menjadi igauan ngeri buat ibu-ibu mengandung kerana boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat atau microcephaly, iaitu lahir dengan kepala kecil.

Pakaian khas dengan fabrik istimewa dilengkapi dengan bahan penghalau nyamuk semulajadi dikenali sebagai citronella.

Kreatif dan inovatif kan? Daripada masalah, tercetus satu idea perniagaan. Bijak rebut peluang di depan mata. Di samping bisnes, dapat juga manfaatnya kepada wanita yang sedang mengandung.

One man's problem is another man's opportunity...


2 comments:

  1. Orang kata, daun betik boleh halau nyamuk. Mungkin kita boleh kaji bahan apa dalam daun betik itu yang menjauhkan nyamuk. Kalau nak ambil daun betik tu terus jahit nampak macam tak sesuai pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Azwan..satu peluang kajian utk yang cerdik pandai...Hehehe memang nampak pelik kalau pakai baju fesyen daun betik!

      Delete