Nak kurus dan putih? Dapatkan jersi rekaan Datuk Seri Vida sekarang!
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Terbaca artikel di Siakapkeli.my mengenai jersi baru pasukan Kelantan keluaran Datuk Seri Vida yang bakal dilancarkan esok.
"Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya suka memandang ke hadapan dan biarlah hasilnya memberi manfaat kepada semua.
"Jersi ini bermula daripada benang yang mana ia turut berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai selain menghasilkan kelembapan daripada peluh pada badan, sekali gus mampu membakar lemak.
"Proses mengeringkan peluh itu akan menjadikan kulit putih seolah-olah baharu saja selesai sauna."
Wah, hebat jersi rekaan Datuk Seri Vida ini, pemakainya boleh jadi lebih kurus dan putih!
Ini pertama kali saya dengar ada jersi yang boleh jadikan pemakainya kurus dan putih. Senang sangat lah pula kan, hanya perlu pakai jersi dah boleh dapatkan kulit yang putih dan badan yang kurus. Betul ke ini, atau perlu pakai jersi dan berlari keliling padang macam pemain bola baru dapat hasil badan yang kurus dan kulit yang putih? Hehehe kalau dah selalu lari keliling padang itu, memang lah boleh kurus, pakai baju apa pun tak penting.
Err..kalau macam itu, dengan adanya jersi ini, maknanya dah tak perlu ambil produk pelansingan dan pemutih kulit Qu Puteh ke?
Memang strategi serampang dua mata, idea bisnes Datuk Seri Vida dengan jersi unik ini bukan terhad untuk pasukan Kelantan saja, tapi pasti jadi rebutan penyokong Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW). Dan tidak mustahil mampu memikat golongan yang ingin kurus dan putih untuk pakai jersi ini, walaupun tidak minat langsung dengan bolasepak!
Credit : astroawani.com.my |
Memang Datuk Seri Vida banyak idea yang menarik untuk manfaat pasukan PQPTRW. Selain baik dan bermanfaat untuk pasukan, secara tidak langsung turut mempromosikan produk Qu Outeh itu sendiri.
Macam mana dengan permintaan Datuk Seri Vida untuk duduk di kerusi pemain simpanan semasa perlawanan bolasepak berlangsung? Menurut Datuk Seri, tujuannya adalah untuk menyuntik semangat kepada para pemain yang sedang bermain di padang.
Pada pendapat saya, selain daripada tujuan yang dinyatakan oleh Datuk Seri itu, pada masa yang sama, ia juga sebahagian daripada promosi produk Qu Puteh kepada orang ramai. Jika duduk di kerusi pemain simpanan, sekali sekala pasti akan terpapar wajah Datuk Seri di skrin besar kan? Masa inilah orang akan dapat melihat Datuk Seri dengan gaya Qu Puteh nya. Jika pasukan PQPTRW ada rezeki untuk bermain di peringkat antarabangsa, maka ini adalah peluang lebih besar buat Qu Puteh melebarkan sayapnya di peringkat antarabangsa pula. Bayangkan suatu hari nanti manalah tahu jika PQPTRW tengah berlawan dengan pasukan mat salih dan kamera menunjukkan gambar mereka yang berada di kerusi simpanan, pasti mat salih ini akan tertanya-tanya, "Who is this lady, Qu Puteh, Qu Outeh , barulah putih?". Hehehe secara tak langsung dapat promosi di peringkat antarabangsa kan.
Nantikan pelancaran jersi baru PQPTRW ini esok. Tidak mustahil ramai yang tiba-tiba jadi penyokong kuat pasukan Kelantan disebabkan jersi baru ini!
**Err, nak tahu juga, kalau pemain import yang berkulit gelap tu pakai jersi ni, adakah kulit mereka akan jadi putih (teringat kat Michael Jackson) ?? **
0 comments: