Lebih banyak peluang untuk peniaga berasaskan food truck

Wednesday, March 30, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Nampaknya bisnes food truck semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Dan pihak yang berkenaan pun semakin memberikan perhatian dan peluang untuk bisnes food truck ini berkembang lebih maju.


ruang khas food truck di kawasan pejabat sekitar kuala lumpur


Peluang yang terbaru dan menarik ialah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan mencadangkan agar semua kawasan pejabat di sekitar ibu negara menyediakan ruang khas untuk kemudahan perniagaan berasaskan food truck ini.

Memang cadangan yang menarik. Walaupun kemudahan ini dibenarkan untuk peniaga food truck bagi waktu sarapan dan makan tengahari sahaja, itu pun sudah mencukupi untuk membuka jalan bagi peniaga berasaskan food truck yang baru hendak memulakan perniagaan jenis ini.

Baca juga :
Trend bisnes food truck di mana-mana
5 tips mudah untuk mulakan bisnes food truck
Bisnes food truck: Menu ringkas dan peluang di bazar..

Dengan adanya ruang khas di sekitar kawasan pejabat, pekerja-pekerja pejabat juga akan mempunyai lebih banyak pilihan selain di kantin pejabat, sebagai hidangan tengahari tanpa perlu pergi jauh daripada pejabat untuk membeli makanan. Ini dapat menjmatkan masa dan lebih memudahkan terutamanya bagi mereka yang sentiasa sibuk. Tambahan pula, keadaan cuaca yang panas ketika ini tidak menggalakkan orang ramai untuk terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama, jadi memang sesuai adanya food truck berdekatan kawasan pejabat.

Selain daripada Kuala Lumpur Food Truck Feast yang diadakan setiap minggu pertama dan ketiga di Dataran Merdeka, bermula September 2015 yang lalu, satu lagi festival yang melibatkan bisnes food truck ialah KL Cinta Makan Festival.  KLCintaMakanFest2016 yang dianjurkan oleh KL Food Truck Festival akan diadakan pada 21 dan 22 Mei 2016 ini di Zebra Square Kuala Lumpur, turut memberi peluang kepada peniaga food truck untuk turut serta. Bagi yang berminat, bolehlah intai info di FB KL Food Truck Festival di sini.


kl food truck feast

kl cinta makan festival


Selamat ber food truck!



0 comments: