Kenapa kita semua suka kan hiburan?

Thursday, March 31, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Cerita hari ini. Kenapa kita semua suka kan hiburan?

Apa itu hiburan sebenarnya? Hiburan pada pemahaman saya ialah sesuatu aktiviti yang memberikan kegembiraan kepada individu yang terlibat dalam sesuatu jenis hiburan itu. Hiburan tidak terhad kepada aktiviti seperti nyanyian dan lakonan, pesta, festival, konsert atau drama semata-mata. Bagi sesetengah individu, melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan rekreasi juga adalah suatu bentuk hiburan bagi mereka. Bagi anak kecil, didodoi dalam buaian juga adalah suatu bentuk hiburan.

kenapa manusia suka kan hiburan


Kenapa kita perlukan hiburan?
Secara fitrahnya manusia memerlukan suka kepada perkara-perkara yang seronok dan menggembirakan. Selain itu, hiburan juga adalah suatu cara untuk melepaskan tekanan yang dihadapi dalam hidup seharian. Maka tidak hairan filem-filem di panggung masih mampu mencatatkan kutipan tiket jutaan ringgit biarpun dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu dan kos hidup yang meningkat.

Berhibur tidak salah asalkan tidak berlebihan dan melampau. Yang salah ialah apabila hiburan itu dijadikan perkara utama melebihi perkara lain yang lebih penting dalam kehidupan. Program-program hiburan mendapat tajaan yang berjuta-juta berbanding program ilmu dan keagamaan. Konsert lebih mendapat sambutan berbanding program kekeluargaan. Tambahan pula di era digital ini, segala bentuk hiburan sangat mudah diakses, segalanya hanya di hujung jari.

Hiburan hanya di hujung jari


Contoh mudah ialah menulis blog itu sendiri. Blog-blog hiburan dan gossip lebih mendapat tempat di hati golongan muda masakini (bukan kesemuanya). Bagi blog saya sendiri, saya dapati popular posts atau entry yang berkaitan dengan hiburan lebih popular berbanding entry-entry yang lain. Jika dilihat kepada carian kata kunci, lebih banyak yang menjurus kepada carian info sesuatu program hiburan, contohnya drama. Mungkin juga kelemahan saya sendiri yang masih belum berjaya menonjolkan entry bukan hiburan yang mampu menarik minat orang untuk membacanya!

Err, mungkin soalan ini agak menyimpang dari tajuk, tapi betul ke ada seorang peserta rancangan realiti nyanyian Ceria Pop Star merupakan seorang pelajar tahfiz?. Tak tahu nak komen apa, cuma terfikir apa dan ke mana arah tuju peserta itu selepas tamat program tersebut nanti. Mampukah istiqamah dengan hafazan di hati bila mula sibuk dengan konsert nanti?



2 comments:

  1. Menulis blog itu sendiri bagi saya satu hiburan, kerana ia mendatangkan kepuasan pada saya. Tambah seronok kalau ada pengunjung yang komen dan participate dalam perbincangan yang saya bawa.

    ReplyDelete
  2. Betul Azwan, memang seronok bila ada yg baca dan komen. Terima kasih ya selalu jadi pengkomen blog saya. Azwans.com pun memang byk info menarik!

    ReplyDelete