Kenapa kita takut untuk berubah?

Tuesday, March 01, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Kenapa kita takut untuk berubah?

Berani untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Cakap memang senang, tapi untuk bangun dan melaksanakan atau menerima perubahan bukan lah perkara yang mudah.

Contoh paling mudah. Hendak berubah angin dengan berhenti kerja dan memulakan perniagaan.

Bak kata Dr Azizan Osman, rasa takut untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan itu adalah normal dan memang patut pun kita rasa takut.

Kenapa kita takut?

Sebab berniaga itu adalah perkara yang baru bagi kita. Takut bisnes tak menjadi.

Sebab kita dan biasa bekerja di pejabat dengan waktu tetap 9 pagi hingga 5 petang.

Sebab kita dah biasa tiap hujung bulan gaji akan masuk dalam akaun.

Sebab kita dah biasa dengan kerja yang kita buat, kalau tutup mata pun kita masih boleh siapkan kerja kita itu.

Sebab kita dah selesa dengan kawan-kawan pejabat yang sentiasa ada untuk membantu semasa kita susah dan senang. Tak pandai nak mula mencari kenalan yang baru.

Sebab kita tak rasa yang kita boleh mula belajar perkara yang baru, seperti belajar mula berniaga daii bawah, atau belajar perkara baru jika tukar pekerjaan lain di tempat yang baru.

Jadi, kalau semua sebab-sebab di atas masih bermain-main dalam fikiran kita, dan kita pun tak ambil apa-apa tindakan atau usaha untuk atasi semua halangan-halangan itu, maka,

Hentikan merungut yang kita tak tahan dengan tekanan di tempat kerja kita sekarang.

Hentikan merungut yang boss kita suka pilih kasih atau kawan-kawan pejabat tak banyak membantu dalam selesaikan tugasan di pejabat.

Hentikan merungut gaji yang kita terima tidak setimpal dengan bebanan kerja yang ditanggung.

Hentikan merungut bila telefon kita tidak berhenti-henti berdering sebab boss call untuk tahu update problem di pejabat, dan user tak henti-henti call tanya problem dah settle atau belum.

Kita tak sanggup nak korbankan sedikit masa untuk belajar dan lengkapkan diri dengan ilmu baru supaya kita boleh sekurang-kurangnya mulakan bisnes kecil-kecilan.

Kita rasa tak sanggup nak hidup sedikit susah mencari rezeki dengan mula berniaga dan lebih rela menanggung tekanan di pejabat asalkan gaji masuk dalam akaun setiap bulan.


"Stop complaining about things that you are not willing to change"
"The only impossible journey is the one that you never begin"
Belajar untuk menerima perubahan agar tidak ketinggalan
dalam perjuangan hidup yang penuh cabaran...


Takut untuk berubah atau belajar menerima perubahan adalah perkara yang normal. Semua orang perlu berubah dan belajar menerima perubahan. Sama ada secara sukarela atau pun terpaksa.

Contoh dalam dunia nyata yang paling ironik dalam hal lambat untuk menerima perubahan dan terpaksa menerima perubahan ialah pembelian Nokia oleh Microsoft (baca sini).

Memang kalau sekadar cakap memang senang. Semua tertulis di atas adalah sebagai peringatan untuk diri saya sendiri juga....



0 comments: