Kalau dah memang rezeki kita.....

Friday, March 11, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hari Jumaat, salam sayyidul ayyam.

Bulan Mac ialah bulan yang sangat dinanti-nantikan semasa saya masih bekerja dulu. Sebabnya, bulan Mac ialah bulan bonus. Lebih tepat lagi ialah pada 22 haribulan Mac, kami akan mendapat bonus tahunan. Selain itu di bulan Mac juga staf akan diberitahu mengenai promotion atau kenaikan pangkat. Bonus dapat berapa? Itu berbeza mengikut KPI masing-masing. Ada yang dapat banyak dan ada yang dapat sikit. Jangan terperanjat kalau ada juga yang tak dapat bonus langsung!

Disebabkan ada yang dapat sikit , ada yang dapat banyak dan ada yang tidak dapat langsung itu lah, maka bulan Mac juga menjadi bulan 'berkecil hati' beramai-ramai. Antara kata-kata yang biasa didengari di pejabat saya setiap kali tiba nya bulan Mac setiap tahun ialah:

"Tak adil lah, kenapa si A tu dapat bonus lebih dari aku?"

"Macam mana pula bonus aku lagi sikit daripada si B? Aku yang kelam kabut buat kerja, si B tu duk rilek je !"

"Bos memang pilih kasih! Tiap-tiap tahun si C tu dapat bonus 8 bulan gaji!"

"Bukan ke si D tu baru saja naik pangkat tahun lepas? Tahun ni naik pangkat lagi?"

dan banyak lagi kata-kata kecil hati, tak puas hati, makan hati, sakit hati dan lain-lain berkenaan hati akan kedengaran di bulan Mac.

Saya mengaku saya pun sama juga ter cakap ayat-ayat di atas ni!

Tapi lama-lama baru saya sedar (dan insaf!), yang rezeki masing-masing dah ditentukan sejak azali lagi. Mungkin kita nampak orang tu malas tapi boleh juga dapat kenaikan pangkat. Itu dah rezeki dia yang Allah dah tentukan. Siapa lah kita nak persoalkan. Kita tak ada rezeki nak naik pangkat, tapi mungkin rezeki kita ialah tak pernah sakit teruk. Rezeki sihat itu lah yang kita tak nampak kan. Kalau sebut rezeki, memang hanya duit yang terbayang depan mata!


kalau dah memang rezeki kita
Sumber : FB Nour Academy

Apa-apa pun , kalau dah memang rezeki kita, lambat atau cepat, ia akan tetap jadi milik kita. Yang penting, kita tak jemu untuk berusaha. Kalau dah memang rezeki kita. yakinlah, Allah tak pernah salah alamat!


kalau dah memang rezeki kita
Sumber : FB Nour Academy

Perbanyakkan selawat di hari penuh barakah ini (ingatan untuk diri saya sendiri), dan jom baca Al-Kahfi!






0 comments: