Fenomena gerhana matahari dapat dilihat esok (9 Mac 2016)

Tuesday, March 08, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Esok akan berlaku gerhana matahari.

Untuk info, gerhana matahari berlaku apabila bulan berada di kedudukan antara bumi dan matahari. Gerhana matahari penuh berlaku apabila bumi, bulan dan matahari berada dalam kedudukan sebaris, iaitu penjajaran garisan bumi, bulan dan matahari berlaku secara tepat. Ini akan menyebabkan matahari yang sedang bersinar akan perlahan-lahan menjadi gelap kerana dihalang oleh bulan yang berada di antara matahari dan bumi. Bumi juga akan menjadi gelap kerana cahaya matahari terhalang daripada sampai ke permukaan bumi kerana terlindung oleh bulan.

Di Malaysia, menurut Agensi Angkasa Negara, gerhana matahari separa dapat dilihat paling jelas di Kuching, Sarawak. Rakyat negeri itu berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa bermula dari jam 7:24 pagi dan berakhir pada 9:31 pagi.

Jika terlepas untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari separa ini esok. anda perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk menyaksikannya sekali lagi.

gerhana matahari esok 9 mac 2016


Fenomena gerhana matahari penuh dijangka dapat dilihat di Indonesia, bermula dari Sumatera di barat hingga ke kepulauan Maluku di Timur. Dilaporkan bilik-bilik hotel di kawasan tersebut telah habis ditempah oleh pelancong yang berminat untuk menyaksikan fenomena gerhana matahari penuh itu. Fenomena gerhana matahari penuh kali terakhir ialah pada 20 Mac 2015 yang lalu dan hanya dapat dilihat di Kepulauan Faroe Islands dan Norway.  Kawasan yang mengalami gerhana matahari penuh akan menjadi gelap seperti malam. Teringin pula rasanya nak berada di Indonesia dan alami sendiri keadaan gerhana matahari penuh ini.

Adalah dinasihatkan untuk tidak melihat secara terus ke arah matahari ketika fenomena gerhana matahari ini berlaku kerana boleh mengakibatkan buta kekal.

gerhana matahari separa di malaysia


Bagi umat Islam, marilah kita bersama-sama menghayati fenomena ciptaan Tuhan ini dengan mengerjakan solat sunat gerhana matahari. Boleh rujuk kaifiat atau cara mengerjakan solat sunat gerhana matahari yang disediakan di FB Bahagian Dakwah Jakim (klik sini)

Waktu afdal mengerjakan solat sunat gerhana matahari ini ialah sebaik sahaja berlaku gerhana sehingga berakhirnya gerhana dan keadaan kembali seperti biasa.

"Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat gerhana, maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)" - Hadis Riwayat Muslim-

cara menunaikan solat sunat gerhana matahari


Baca juga : Subhanallah...cantiknya fenomena gerhana matahari (9 Mac 2016)


0 comments: