Rayuan permohonan BR1M 2016 bermula 15 Mac 2016 hingga 15 April 2016

Tuesday, March 15, 2016 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Rayuan permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2016 telah bermula hari ini 15 Mac 2016 sehingga 15 April 2016.

rayuan permohonan BR1M 2016
Kod alasan tidak lulus BR1M 2016

Bagi anda yang telah menerima surat daripada BR1M yang mengatakan permohonan BR1M 2016 anda tidak diluluskan, anda boleh lah berkunjung ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Kalau anda tinggal berdekatan Wangsa Maju, cawangan yang terdekat ialah di LHDN Menara Kausar Seksyen 1 Wangsa Maju. Jangan serbu kaunter LHDN ya, kerana kaunter khas untuk  membuat rayuan BR1M telah dibuka di Tingkat 3 menara tersebut. Naik Tingkat 3, keluar lif belok kanan, keluar pintu menuju ke tempat letak kereta. Kaunter BR1M kat tempat letak kereta? Eh bukan. Ada sebuah bilik agak besar di kawasan tempat letak kereta itu. Nak masuk kena tanggalkan kasut ya.

Sebelum masuk, sila dapatkan borang rayuan di kaunter pertanyaan di luar bilik itu. Dan lebih baik kalau ada apa-apa yang tak jelas, macam dokumen sokongan apa yang diperlukan untuk sokong rayuan anda itu, bahagian atau maklumat apa yang anda tidak jelas dalam borang rayuan BR1M itu dan lain-lain lagi, anda tanyakan dahulu pada petugas di kaunter pertanyaan itu. Ini dapat jimatkan masa ketika nak serahkan borang. Tak ada lah lama orang lain menunggu anda tanya macam-macam di kaunter serahan borang rayuan BR1M 2016 itu nanti. Pastikan anda bawa dokumen sokongan yang diperlukan berdasarkan kod alasan BR1M anda tidak diluluskan seperti yang dinyatakan dalam surat.

dokumen sokongan untuk rayuan permohonan BR1M 2016
Pastikan anda bawa dokumen sokongan yang
diperlukan.

Bagi kaunter serahan borang rayuan BR1M di LHDN Wangsa Maju ini, kaunter akan tutup untuk rehat seketika pada jam 1 hingga 2 petang untuk hari Isnin hingga Khamis, manakala tutup dari jam 12:45 hingga 2:15 petang (kalau tak silap) pada hari Jumaat.

Pastikan anda bawa pen untuk isi borang sebab ada yang saya lihat terpaksa ke sana sini minta pinjam pen. Selepas selamat hantar borang, anda akan diberikan slip tanda borang telah diterima.

Selamat buat rayuan BR1M 2016, semoga rayuan anda akan dipertimbangkan dan diluluskan. InsyaAllah!



0 comments: