Jom saksikan gerhana bulan penumbra malam ini (23 Mac 2016)

Wednesday, March 23, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hujan lebat 2 hari berturut-turut yang lepas sedikit sebanyak meredakan kepanasan cuaca melampau kebelakangan ini. Hari ini pun cuaca agak baik, tak hujan dan tak begitu panas. Tak pasti bagaimana keadaan cuaca di negeri-negeri di utara seperti Kedah dan Perlis. Masih panas kah?

Semalam buat pertama kalinya kain di jemuran tak kering kerana seharian mendung selepas hujan lebat pada waktu paginya. Mungkin lah tidak lama lagi kita akan menyambut La Nina selepas beberapa bulan bersama El Nino?

Pelbagai ketidaktentuan dalam dunia hari ini. Daripada iklim dan cuaca yang panas terik kepada hujan lebat sehingga banjir, sehingga lah fenomena gerhana matahari dan bulan yang turut berlaku dalam tahun ini.

Gerhana bulan penumbra


Malam ini bermula jam 7:21 malam hingga jam 9:55 malam akan berlaku gerhana bulan penumbra. Selepas teruja dengan gerhana matahari separa awal bulan lalu (9 Mac 2016), saya pun Google lah apa itu gerhana bulan penumbra dan apa yang bakal disaksikan semasa gerhana bulan penumbra ini berlaku.

Baca juga :
Fenomena gerhana matahari dapat dilihat esok (9 Mac 2016)

Subhanallah...cantiknya fenomena gerhana matahari (9 Mac 2016)


Mengikut info di FB FalakOnline, malam ini bulan akan memasuki bayang-bayang bumi yang dipanggil penumbra. Oleh itu gerhana bulan yang akan berlaku malam ini dipanggil gerhana bulan penumbra. Bulan tidak akan menjadi gelap seperti mana gerhana bulan biasa. (Penumbra adalah bayangan kabur yang terjadi pada saat gerhana atau terjadi nya bayangan pada benda gelap (tidak tembus pandang)- sumber:Wikipedia).


Gerhana bulan penumbra
Sumber : Wikipedia

Disebabkan cahaya bulan masih kelihatan dan tiada pengurangan cahaya yang ketara maka timbul juga kekeliruan sama ada perlu umat Islam melaksanakan solat sunat gerhana bulan atau solat sunat khusuf. Untuk isu ini adalah lebih tepat untuk merujuk kepada pihak yang lebih arif seperti pejabat mufti.

Sama-sama kita tunggu gerhana bulan penumbra malam ini ya!



0 comments: