Siapa pernah cuba khidmat runner hantar barang ke rumah?

Monday, February 29, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Masa dalam perjalanan ke sekolah jemput anak saudara tadi, sepanjang perjalanan itu kereta saya berada di belakang sebuah lori milik pasaraya Tesco.

Sempat juga lah saya baca iklan di belakangnya lori itu. Rupa-rupanya, lori Tesco untuk penghantaran belian barang Tesco secara online. Di kawasan perumahan saya hanya baru-baru ini ada nampak lori Tesco ini, jadi saya pun baru tahu Tesco ada perkhidmatan hantar barang sampai ke muka pintu rumah. Dah lama rupanya service ini, sejak 2013 kalau tak silap.

**Tapi saya tak beli barang di Tesco, saya boikot**

Terfikir juga ada tak pasaraya-pasaraya kecil lain yang tawarkan khidmat macam ini. Bila nampak lori Tesco tadi sebenarnya ada rasa macam nak cuba lah service ini. Maksud saya cuba sediakan khidmat hantar barang ke rumah. Hantar barang bawa motor di KL ini memang mencabar nak selit-selit sana sini dalam traffic jam, kalau bawa kereta lagi lah besar cabarannya. Saya nak kena belajar bawa motor ni! Sambil hantar barang boleh ronda-ronda sana sini.

beli barang dapur online
Lori Tesco hantar barang beli online

Kan sekarang ada ramai belia yang sediakan khidmat sebagai runner (macam contoh Hafiz dan Faizal ini) untuk apa-apa khidmat yang diperlukan, macam beli barang kat kedai/pasaraya, hantar barang untuk di tempat tertentu, hantar bunga dan lain-lain khidmat yang sesetengah daripada kita tak ada masa nak buat.

Nampak macam remeh kan, kerja hantar barang ke rumah. Tapi dengan adanya khidmat macam ini lah yang sebenarnya bantu mereka yang memerlukan.

Contoh, ada makcik yang nak masak kari kepala ikan untuk hidangan tengahari. Tapi bila ke dapur tengok santan pula tiada. Serbuk kari dan garam pun dah habis. Nak ke kedai membeli, kedai pula jauh. Kan senang kalau ada yang sediakan khidmat beli barang di kedai runcit dan hantar kat depan muka pintu macam ini.

khidmat hantar barang ke rumah

Bukan nak didik orang jadi pemalas, tapi sekadar untuk memudahkan. Pada masa yang sama secara tak langsung, khidmat ini juga membuka peluang pekerjaan untuk mereka yang mencari sumber pendapatan. Yang pentingkan runner kena lah amanah dengan tugasan yang diberikan.

Secara tak langsung ia juga menunjukkan rezeki ada di mana-mana, cuma perlu luaskan pandangan dan rebut peluang yang ada. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!

 

0 comments: