Drama Isteri vs Tunang : Bermula dengan hanya satu cabaran!

Tuesday, February 02, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Baru lepas tonton drama Isteri vs Tunang di Astro Ria.

Selain kehenseman Hisyam Hamid yang menarik perhatian (hahahha!) saya, jalan cerita drama Isteri vs Tunang ini pun macam luar biasa juga pada saya.

Hanya disebabkan rasa tidak puas hati Alana (lakonan Scha Al Yahya) kepada Zaim Azfar (lakonan Hisyam Hamid) berpunca daripada berebut tempat parking, potong queue ketika di supermarket dan Zaim hampir terlanggar Alana ketika di tempat parking kereta, satu perkara yang 'luar biasa' (tak logik pun ada juga!) telah berlaku.

Alana dengan lantang telah mencabar Zaim untuk mengahwininya dan Zaim pula yang pantang dicabar ego lelakinya telah menyahut cabaran itu!



Dalam novel dan drama mungkin tak pelik, tapi rasa macam tak mungkin kan boleh berlaku perkara macam ini dalam dunia realiti. Menarik untuk ditonton bagaimana seterusnya jalan cerita drama Isteri vs Tunang sebanyak 16 episod arahan Michael Ang ini.

Kalau anda tak sabar nak tahu jalan cerita seterusnya dalam drama Isteri vs Tunang ini, boleh lah baca sinopsis drama Isteri vs Tunang ini di laman novelmelayukreatif.com, klik di sini. Tapi ada berbeza sikit jalan ceritanya di novel berbanding dengan drama di tv.

Dan yang paling penting, sebelum anda mula membaca sinopsis novel Isteri vs Tunang di laman novelmelayukreatif.com ini, saya nak bagi 'amaran' sebab di laman ini hanya ada sinopsis sampai Bab 10 sahaja!. Nak tahu macam mana ending drama Isteri vs Tunang ini kena lah beli novel ini di pasaran. Saya lebih suka tengok drama di tv, bagi lebih saspen dan tertunggu-tunggu apa yang berlaku kan!






0 comments: