Diskaun tol sempena Tahun Baru Cina 2016

Friday, February 05, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Hari ini mesti hari yang menggembirakan terutamanya bagi mereka yang bekerja pejabat dan pelajar sekolah.  Ramai yang ambil kesempatan balik kampung atau melancong sempena cuti hujung minggu dan cuti umum sehingga hari Selasa depan bagi sambutan Tahun Baru Cina.

Bagi yang bercadang untuk memandu balik kampung atau melancong ke destinasi percutian dalam negara, beberapa syarikat konsesi lebuhraya ada memberikan diskaun bayaran tol bagi pengguna-pengguna lebuhraya. Antaranya ialah:

1. SMART akan memberikan diskaun tol sebanyak 10% bermula 6 pagi Isnin (8 Feb) hingga 6 pagi Selasa (9 Feb)

2. KESAS, DUKE, LPT1, Karak, MEX dan Grand Saga akan memberikan diskaun 10%  bermula jam 12 tengah malam hingga jam 11:59 malam pada 8 Feb.

2. LDP dan SPRINT akan memberikan diskaun masing-masing sebanyak 60 sen dan 20 sen bermula jam 12 tengah malam hingga jam 11:59 malam pada 8 Feb.

Rujuk jadual di bawah untuk senarai lengkap diskaun tol di Tahun Baru Cina ini.

pandu cermat jiwa selamat
Sempena Tahun Baru Cina, banyak syarikat yang bagi beg percuma macam ni
masa kita berhenti bayar di tol.
Antara isi yang wajib dalam beg ini ialah buah limau!

diskaun tol tahun baru cina
Credit : Utusan Malaysia
Antara syarikat konsesi tol yang beri diskaun sempena Tahun Baru Cina ini.


Kesesakan di lebuhraya itu sudah tidak dapat dielakkan masa musim perayaan dan cuti panjang macam ini.  Tiada pilihan, ikut sahaja peraturan dan barisan, InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Kalau rasa macam kurang sabar dengan kesesakan dan ada terniat nak potong barisan atau pecut lebih daripada had laju yang dibenarkan, bawa-bawa lah bersabar. Mungkin kita boleh cuba amalkan tips pemanduan berhemah di bawah ini:

1. Cuba ingatkan diri sendiri yang bukan kita seorang saja nak cepat sampai ke destinasi, semua orang pun nak cepat. Tiada siapa yang seronok nak terperangkap dan bersesak-sesak dalam kesesakan lalu lintas. Kalau kita penat memandu dalam sesak begitu, orang lain pun sama. Tiada beza pun. Kalau marah-marah pun apa gunanya kan? Mungkin di hadapan ada kenderaan yang terlibat dalam kemalangan atau sebarang masalah yang tidak dapat dielakkan. Bawa-bawa lah bersabar.


2. Memotong barisan , terutama sekali ketika di tol adalah satu sikap yang sangatlah tidak baik. Lagi satu perkara yang menjengkelkan bila pemandu yang tiada Smart Tag tersilap masuk ke barisan Smart Tag, dah satu hal pula nak kena reverse semua kereta yang telah beratur panjang di belakang.  Cuba amalkan sikap bersedia dari awal. Bukan nya lagi 5 saat lagi nak sampai di tol, baru terhegeh-hegeh nak cari kad Touch n Go atau Smart Tag, dan lebih mengharukan baru terkial-kial nak kira duit syiling di lorong tunai!


3. Mengantuk adalah perkara yang normal setelah memandu untuk masa yang lama. Lebih baik sekiranya ada pemandu kedua yang boleh backup pemandu utama yang dah menguap-nguap pegang stereng. Dan lebih baik juga jika ada yang boleh jadi peneman (jika travel beramai-ramai) pemandu yang sedang memandu untuk elakkan si pemandu rasa bosan dan mengantuk. Jika memandu seorang, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dengan berhenti untuk menyegarkan diri di kawasan R & R.


4. Semua pemandu telah sedia maklum yang lorong kanan sekali adalah untuk memotong. Jadi jika anda rasa anda drive laju sedikit sahaja daripada kura-kura, sila lah pandu di lorong kiri sekali ya untuk mengelakkan anda daripada di hon atau diberi lampu tinggi oleh pemandu di belakang! Saya pernah saksikan sendiri sebuah kereta mewah yang pandu tak berapa nak laju di lorong kanan sekali, dan di belakangnya ada sebuah kereta Kelisa yang mengekori rapat sambil memberi kan lampu tinggi sebagai isyarat supaya kereta mewah itu berikan laluan. Tapi biasalah, takkan kereta mewah nak beralah kepada Kelisa kan!

Pandulah dengan berhemah di Tahun Baru Cina ini (dan jadikan amalan yang berterusan, bukan masa Tahun Baru Cina saja ya! )

Selamat bercuti panjang dan Gong Xi Fa Cai!




Lazada Malaysia

0 comments: