Jom tambah pendapatan secara online dengan InvolveAsia!

Sunday, February 14, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Anda nak tambah pendapatan secara online?

tambah pendapatan online dengan involveasia
Sumber : involveasia


Selalunya kalau bab tambah pendapatan online, saya akan rujuk blog sifu blogger, saudara Hasrul Hassan. Dah lama tak singgah ke blog HH, dah lama sangat sampai saya terlepas peluang nak join segmen yang dianjurkan dan terlepas lah peluang nak tersenarai dalam bloglist HH.

Hari ini sempat singgah sekejap. Jumpa satu info yang menarik dikongsikan oleh HH mengenai satu lagi program affiliate iaitu InvolveAsia, satu peluang baru untuk jana online income selain daripada platform yang sedia ada. Mungkin juga boleh dijadikan sebagai pengganti kepada affiliate Ashadee yang telah ditamatkan baru-baru ini.

Seperti program-program affiliate yang lain, InvolveAsia memberi peluang kepada bloggers dan sesiapa yang mempunyai akaun media sosial seperti FB dan Instagram untuk menambah pendapatan secara online dengan cara mempromosikan produk, Mudah saja caranya, hanya dengan mempromosikan produk kepada pengikut atau followers melalui referal link peruncit InvolveAsia yang diletakkan di blog @ akaun sosial media anda.

Tapi sebenarnya program-program affiliate tidaklah semudah itu. Jika anda promosikan produk peruncit InvolveAsia di blog, anda kena pastikan juga ada pengunjung yang berkunjung ke blog anda. Jika tidak, siapa lah yang akan nampak iklan promosi anda itu kan, Mungkin lebih mudah untuk promosikan di akaun media sosial? Sama juga sebenarnya, jika akaun FB atau IG anda tidak ramai pengikut, masih sukar juga nak promosikan referal link anda itu.

Tapi kan, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, betul tak?

Antara peruncit dalam talian yang terlibat dalam InvolveAsia adalah seperti Lazada, Reebonz, Zalora, Ensogo dan Poplook.Setiap kali ada followers anda yang membeli melalui referal link tersebut, anda akan mendapat komisen!

Saya pun bukan pandai sangat promosikan produk-produk affiliate, tapi teringin juga nak mencuba peluang tambah pendapatan online melalui program affiliate InvolveAsia ini.

Kalau anda pun berminat nak tambah pendapatan secara online melalui program affiliate ini, dan nak tahu lebih lanjut mengenai affiliate InvolveAsia, boleh lah jenguk ke laman InvolveAsia http://involve.asia/partners/ yang terangkan lebih detail tentang program affiliate ini.

Bagi yang memang dah tahu selok-belok program affiliate dan rasa terus nak daftar dengan InvolveAsia, boleh lah klik di sini: http://login.shopstylers.com/aff_signup.php


tambah pendapatan online dengan involveasia
Sumber : involveasia

Selamat mencuba!




0 comments: