Awas bahaya denggi dan strok haba!

Tuesday, February 09, 2016 Ana 0 Comments



Awas bahaya denggi dan strok haba!


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Selepas mendung dan hujan sejak 4 Feb yang lepas, cuaca di Lembah Kelang kembali panas terik bermula semalam, hari pertama Tahun Baru Cina.

Gambar hiasan

Cuaca tak menentu sekejap hujan sekejap panas ini boleh buatkan klinik dan hospital kembali penuh dengan pesakit yang datang dapatkan rawatan. Paling risau bila cuaca panas ini akan sebabkan pembiakan nyamuk aedes meningkat dan bertambahnya kes denggi. Sebut pasal kes denggi memang saya seriau sikit. Saya kehilangan emak saudara saya disebabkan kes denggi berdarah. Memang tak sangka langsung kerana beberapa minggu sebelum itu, mak cik saya itu sibuk berulang alik ke hospital menguruskan anak-anak dan pak cik saya yang diserang denggi. Selepas anak-anak dan pak cik saya sembuh dari denggi, mak cik saya pula dimasukkan ke hospital kerana disyaki denggi. Mungkin kerana terlalu sibuk menguruskan ahli keluarga, mak cik saya tak perasan dia turut diserang denggi.

Mak cik saya meninggal dunia selepas hanya 2 hari dimasukkan ke wad kerana denggi berdarah. Sedih. Mak cik saya meninggalkan 4 orang anak, yang mana anak bongsunya baru hendak memasuki darjah satu. Dan yang paling sedih, saya tak sempat ziarah mak cik saya buat kali terakhir kerana saya berada di Langkawi ketika itu...😢

Selain denggi, cuaca panas juga boleh sebabkan strok haba, iaitu suhu badan naik sehingga 40 darjah Celsius. Antara tanda-tanda strok haba ini ialah kekejangan otot, mual, pening kepala, rasa hendak muntah, sawan dan pitam. Kalau ada tanda-tanda begini, cepat-cepatlah dapatkan rawatan di hospital sebelum melarat ya.

Paling penting masa cuaca panas macam ini ialah banyakkan minum air untuk elakkan dehidrasi. Makan aiskrim waktu panas terik ini pun best juga kan!

Makan aiskrim dan bisnes aiskrim, kedua-duanya best! Tak susah pun nak mulakan bisnes aiskrim ni. Betul ke? Nak tahu betul ke tak, kena lah klik dan dapatkan tips hebat 'Bisnes Aiskrim' di sini! 


Pastikan kita bebas daripada denggi dan strok haba di musim panas ini. Mencegah itu lebih baik daripada merawat....


0 comments: