Sebelum bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh...

Wednesday, February 17, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...


1.5 juta pekerja bangladesh dibawa masuk malaysia


Semenjak kebelakangan ini, isu cadangan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh hangat dibincangkan. Daripada isu kemasukan pekerja Bangladesah, merebak pula kepada punca pengambilan pekerja asing, iaitu dkatakan rakyat @ belia Malaysia tidak berminat dengan sektor pekerjaan 3D (dirty, dangerous & difficult).

Lepas itu melarat pula kepada episod kutuk-mengutuk di laman sosial antara orang itu dan 'anak' orang ini, yang mana akhirnya tak membantu langsung dalam isu asalnya iaitu kenapa sampai 1.5 juta orang pekerja Bangladesh yang akan dibawa masuk.

Pada pendapat saya lah kan, daripada dibawa masuk 1,5 juta orang pekerja Bangladesh itu, ada baiknya kalau:

1. Dikaji dulu puncanya kenapa rakyat @ belia Malaysia tidak berminat dengan sektor 3D ini. Adakah puncanya dah dikenalpasti? Kalau gaji lah yang menjadi puncanya, adakah telah dikaji samada gaji setimpal diberikan buat pekerja tempatan yang terlibat dengan sektor 3D ini?

2. Adakah segala usaha telah dijalankan untuk menarik minat rakyat tempatan bekerja dalam sektor 3D? Betul dah habis segala usaha? Mungkin boleh di 'pinjam' kaedah negara jiran yang berjaya tarik minat rakyat Malaysia bekerja dalam sektor 3D di sana.

3. Pasti ramai yang nak tahu dengan terperinci senarai syarikat-syarikat atau organisasi yang sangat memerlukan pekerja-pekerja Bangladesh. Sebab daripada laporan akhbar, katanya pekerja-pekerja Bangladesh ini dibawa masuk atas permintaan majikan. Mungkin dengan ada nya senarai ini, maka boleh lah rakyat tempatan berpusu-pusu memohon bekerja di sana.

4. Angka 1.5 juta bukanlah satu jumlah yang kecil. Bagi elakkan rasa tidak puas hati rakyat, mungkin patut dikongsikan dengan terperinci dari mana angka ini diperolehi.

5. Selesaikan dulu lambakan pekerja asing yang sedia ada di negara ini, samada yang datang secara sah atau pun secara haram.



0 comments: