Segmen promosi produk di rancangan Nasi Lemak Kopi O

Sunday, February 28, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tonton rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di tv9 pagi ini.

Saya tengok semakin lama semakin banyak segmen untuk promosi produk di rancangan ini. Daripada produk kesihatan kepada produk kecantikan @ pelansingan, dah macam ruangan iklaneka di suratkhabar pula rancangan NLKO ini saya tengok.

Macam dalam NLKO pagi ini saja, daripada promosi produk Jus Al Khan, kepada promosi set pelansingan London Weight Management hinggalah kepada produk untuk sendi dari Herba Prima.

Mungkin bagi sesetengah penonton tak kisah sangat dengan segmen promosi-promosi produk ini, tapi bagi saya mungkin lebih baik kalau dikurangkan kerana cukuplah dengan iklan-iklan yang sedia ada masa rancangan itu berhenti rehat.

Tapi segmen-segmen sebegini rasanya memang mendapat perhatian penonton kerana NLKO sendiri merupakan rancangan yang ada penonton setianya yang tersendiri. Jadi tak hairanlah ramai pengasas-pengasas produk yang tampil di ruangan segmen promosi produk ini. Dan tak hairan lah pagi ini semasa promosi set susut lemak London Weight Management percuma di NLKO untuk 100 orang pertama yang menghantar sms laku dalam sekelip mata, tak sampai 5 minit pun rasanya dah dapat 100 orang yang hantar sms.

Tak semua pengasas produk yang pandai promosikan produk mereka, Ada juga yang saya tengok tergagap-gagap nak terangkan khasiat @ kelebihan produk mereka. Rugi lah sebab masa yang diberikan untuk segmen promosi produk itu sekejap saja.

Selalunya segmen yang saya tunggu di NLKO di pagi Ahad ialah segmen Trio Bikin Jus. Menu jus yang disediakan memang menarik dan berkhasiat, walaupun kadang-kadang itu tak selera juga nak buat bila ada libatkan peria, halia atau bahan-bahan yang pahit. Pagi ini jus (bukan jus sebenarnya) yang dikongsikan ialah Smoothie Peanut Butter dan Pisang.




Rasanya smoothie ini boleh buatkan kita cepat rasa kenyang, tak pernah pula saya minum peanut butter sebab selama ini hanya tahu peanut butter makan dengan roti!

Ok, dah lari tajuk.

Ada juga segmen-segmen promosi yang bermanfaat dalam NLKO ini seperti promosi untuk seminar NLP Grand Power, promosi untuk sertai unit-unit amanah yang boleh dipercayai dan segmen promosi untuk aktiviti amal atau kesenian yang akan diadakan.

Cuma diharap agar segmen promosi produk di rancangan Nasi Lemak Kopi O ini tidak semakin bertambah,  bimbang pengisian maklumat bermanfaat dalam rancangan NLKO lama-kelamaan semakin berkurang.






0 comments: