Datuk Seri Mukhriz letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah hari ini...

Wednesday, February 03, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Datuk Seri Mukhriz Mahathir letak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah hari ini.

Beliau turut melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kedah berkuatkuasa hari ini.

Anda rakyat Kedah? Apa perasaan anda? Sedih? Gembira? Tiada perasaan? Tak rasa apa-apa?

Bak kata lagu Kaka, Bukan Hal Aku?

Saya tak pasti bagaimana cuaca di Kedah sekarang ini, samada cuaca sebenar mahupun 'cuaca' politik semasa, tapi yang pastinya cuaca di Kuala Lumpur mendung hari ini. Tak panas membahang macam hari-hari yang lepas. Di kawasan rumah saya sempat pula hujan gerimis sekejap tadi.

Gerimis sempena berakhirnya kemelut politik di negeri Darul Aman?  Berakhir atau baru bermula?

Saya bukan orang politik. Cuma pemerhati.

Masing-masing ada pendirian sendiri. Tiada apa yang kekal dalam dunia ini. Hari ini kita di atas, esok lusa kita mungkin akan berada di bawah. Kalau ditanyakan pendapat saya sebagai rakyat marhaen yang bukan siapa-siapa ini, dan tak tahu hujung pangkal apa yang berlaku, saya berpendapat yang terbaik untuk menentukan samada Mukhriz perlu digugurkan adalah rakyat Kedah sendiri. Rakyat Kedah lebih tahu samada selama ini beliau menjalankan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Kedah dengan baik atau tidak. Sekadar pendapat saya sebagai rakyat biasa.

mukhriz letak jawatan menteri besar kedah
Sumber : Bernama


Siapa yang betul atau siapa yang salah, hanya Tuhan dan empunya diri yang tahu.

mukhriz mahathir
Credit : FB Mukhriz Mahathir Fans


Semoga yang baik-baik sahaja untuk rakyat Kedah khususnya, dan rakyat Malaysia, amnya.

Melihat ke luar cermin kereta, gerimis dah bertukar jadi rintik-rintik hujan....








Lazada Malaysia

0 comments: