8 tips berjimat cermat ketika shopping di pasaraya

Sunday, February 21, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pagi tadi saya ke pasaraya beli barang dapur. Rasa macam banyak pula barang-barang yang boleh dibeli dengan RM100 pagi tadi:

Pisang seikat
Lobak merah sepeket
Epal hijau sepeket
Penyembur ubat nyamuk 1 tin
Roti Gardenia 1 bungkus
Cupcake 4 peket
Air botol 1 liter sebotol
Soya bean 2 kotak
Milo kotak 3 pek (1 pek ada 8 kotak)
Bateri Eveready 1 pek
Telur 1 papan (15 biji)

Jumlah kena bayar untuk semua barang di atas = RM105. Ok kot? Itu pun sebab ada sesetengah barang yang dapat diskaun, kalau tidak mesti jumlah kena bayar lebih daripada RM105.

berjimat di pasaraya

Macam mana cara kita boleh berjimat semasa beli barang di pasaraya? Antara yang boleh kita (termasuk saya!) buat untuk berjimat ialah:

1. Buat list @ senarai barang yang hendak dibeli dan pastikan kita beli barang yang tersenarai dalam list saja! Bagus juga kalau bawa kalkulator untuk pastikan anda tak terlebih bajet. Saya selalunya akan kira dulu jumlah semua harga barang (saya tak bawa kalkulator, guna calc di hp saja!) sebelum saya ke kaunter pembayaran.

2. Abaikan barang-barang yang diletakkan berdekatan kaunter pembayaran. Antara barang yang selalu ada dekat-dekat dengan kaunter pembayaran ialah coklat dan gula-gula (cabaran bagi sesiapa yang bawa anak ke pasaraya!), minuman berkarbonat, aiskrim dam wafer.

3. Beli barang jenama pasaraya itu sendiri. Contohnya, kalau kita ke pasaraya Aeon nak beli susu pekat manis dalam tin, kita boleh beli susu pekat manis jenama Aeon sendiri yang selalunya lebih murah berbanding jenama lain seperti F&N atau Marigold.

4. Jangan beli barang semata-mata kerana barang tersebut ada diskaun! Beli barang yang benar-benar anda perlukan sahaja dan ikut tips nombor 1 di atas.

5. Elakkan pergi membeli barang keperluan di pasaraya ketika anda sedang lapar kerana ketika itu semua barang nampak sedap atau menarik di mata anda!

6. Beli barang yang tahan lama seperti beras, gula dan makanan dalam tin dalam kuantiti yang
banyak semasa barang-barang ini ada potongan harga (on sale). Elakkan beli barang yang cepat rosak seperti sayuran dalam kuantiti yang banyak.

7. Kalau rajin, bandingkan harga barang antara beberapa pasaraya yang berbeza. Saya pernah pergi ke pasaraya Aeon Big Wangsa Maju yang mana tertulis ada potongan harga untuk air kordial F&N. Bila tengok harga nya yang dikatakan ada promosi itu ialah RM9 lebih. Sedangkan di pasaraya Aeon AU2, harga kordial tersebut tanpa potongan harga pun ialah RM8.80!

bandingkan harga barang di beberapa pasaraya

8. Saya jumpa satu tips yang mengatakan ketika kita beli barang di pasaraya, cuba elakkan beli barang yang terletak di rak yang sama level dengan mata kita. Sebab selalunya barang yang sama tapi mingkin jenama lain dengan harga yang lebih murah diletakkan di rak bahagian atas atau bawah. Jadi kena rajin-rajinkan dongak atau tunduk sedikit untuk cari barang dengan harga yang lebih murah!

Memang zaman segala-gala harga barang naik dan tidak mungkin akan turun ini, teramatlah penting untuk kita berjimat cermat selagi boleh kan.

Selamat berjimat!



0 comments: