Iklan Petronas Rubber Boy : The greatest blessing has always been by your side...

Saturday, February 06, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Siapa suka tengok iklan Petronas sempena Tahun Baru Cina bertajuk 'Rubber Boy' ?

Pada pendapat saya, macam dah lama Petronas tak keluarkan iklan musim perayaan yang bermakna dan menyentuh perasaan (atau mungkin saya seorang yang tak tersentuh perasaan? hehehe) macam iklan Rubber Boy ini. Dah lama semenjak peninggalan arwah Yasmin Ahmad yang iklan-iklan Petronas musim perayaan arahannya melekat dalam ingatan orang ramai.

iklan petronas rubber boy


Iklan Rubber Boy arahan Ismail Kamarul yang berdurasi lima minit ini mengisahkan Ah Hock, anak seorang penoreh getah yang tidak dapat menerima keadaan kehidupan dia dan ibunya yang miskin. Namun semuanya berubah setelah Ah Hock melihat sendiri bagaimana susah payah ibunya menoreh getah untuk menampung kehidupan mereka.

Permulaan iklan Rubber Boy yang menunjukkan Ah Hock (dilakonkan oleh adik Low Zheng Yang) ditampar oleh ibunya adalah sesuatu yang menarik membuatkan penonton terus menonton untuk tahu cerita sebenar Ah Hock ditampar.

iklan petronas rubber boy


Saya paling suka babak Ah Hock dan ibunya bertengkar selepas Ah Hock balik dari sekolah itu. Babak ini sangat real! Saya rasa macam saya adalah Ah Hock (tiba-tiba pula kan!). Maksud saya, watak Ah Hock itu berjaya menyampaikan rasa memberontak dan tidak puas hati yang terpendam dalam diri Ah Hock. Ah Hock tidak puas hati hidup miskin , terpaksa ke sekolah naik motor buruk ibunya, tak dapat pakaian dan mainan sempena Tahun Baru Cina dan digelar Rubber Boy oleh kawan-kawan sekolahnya kerana ibunya penoreh getah. Sampaikan Ah Hock suruh ibunya kerja lebih kuat supaya mereka tak hidup miskin lagi. Memang kelas lakonan adik yang pegang watak Ah Hock itu!

iklan petronas rubber boy

iklan petronas rubber boy


Tapi lepas Ah Hock sendiri saksikan betapa ibunya bekerja keras menoreh getah untuk mencari rezeki, baru lah Ah Hock sedar kesilapannya.

iklan petronas rubber boy


Mesej yang ingin disampaikan dalam iklan Rubber Boy ini adalah supaya kita sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang ada.

iklan petronas rubber boy


Memang kreatif babak Ah Hock kena tampar itu. Iklan kreatif dengan mesej yang mendalam, disampaikan dalam bentuk penceritaan yang menarik. Syabas Petronas!


#RubberBoy
#greatestblessing
#thegreatestblessinghasalwaysbeenbyyourside



Lazada Malaysia

0 comments: