Naelofar Hijab bakal bertapak di New York!

Sunday, February 21, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

"Syarikat hijab terkemuka, Naelofar Hijab, berhasrat mengukuhkan lagi empayar perniagaan di arena antarabangsa dengan menubuhkan syarikat serantau pertamanya di New York, Amerika Syarikat." - Utusan Malaysia

Hebat!

Kunjungan Neelofa ke kota New York pada penghujung tahun 2015 yang lalu untuk menghadiri kursus jangka pendek berkaitan pemasaran dan penjenamaan telah membuka peluang yang lebih luas untuk jenama tudung Naelofar.

naelofar hijab tubuh syarikat serantau di new york
Credit : mstar.com.my

Memang cekap Neelofa menghidu peluang yang terbuka di depan mata. Berdasarkan pengalaman dan kaji selidik nya,  New York sesuai dijadikan tempat membina premis dan gudang bagi perniagaannya. Selain itu, faktor-faktor lain seperti perkembangan komuniti Islam di New York dan kerjasama pihak Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di New York turut membantu memudahkan beliau dalam usahanya menubuhkan syarikat serantau itu.

Bukan calang-calang orang kan boleh bina premis dan gudang di kota raya terkenal dan sibuk itu. Bisnes tudung anak kelahiran Malaysia kini bakal bertapak di bumi New York. Bangga dengan kejayaan anak muda ini. Pastinya bak kata Neelofa, ketika ditemubual mengenai kejayaan Naelofar Hijab meraih hasil penjualan RM50 juta untuk tahun 2015, kejayaan itu adalah hasil sokongan bersama keluarga terdekatnya, dan tak mungkin berlaku sekiranya beliau berseorangan tanpa sokomgan dan kerjasama keluarganya.

Memang jika diperhatikan, dalam usaha kita untuk meraih kejayaaan, terutamanya dalam sesuatu perkara atau bidang yang baru kita ceburi, kita perlu ada seseorang di sisi, samada ahli keluarga, rakan karib, isteri, suami dan lain-lain, yang mampu memberikan kita semangat dan menolak kita untuk pergi lebih jauh dalam hidup. Tak kira lah samada dari sekecil-kecil memulakan bisnes nasi lemak depan rumah (bukan senang walaupun nak mula bisnes depan rumah sendiri!) mahupun bisnes skala besar seperti bisnes tudung Naelofar Hijab ini.

Selain daripada bisnes tudung, Neelofa juga telah mengembangkan cabang produknya dengan produk abaya (Naelofar Abaya) dan kanta lekap (Lofalens). Mungkin di masa hadapan Neelofa boleh hasilkan buku menceritakan segala perjalanan dan pengalaman beliau untuk sampai ke tahap ini dalam bidang bisnes tudung. Mesti ramai yang ingin tahu dan jadikan panduan.

Macam ini barulah boleh dijadikan Ikon Belia!





0 comments: