Drama Isteri vs Tunang: Watak Amira Irdina sangat menjengkelkan!

Friday, February 19, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Memang sungguh menjengkelkan watak Amira Irdina lakonan Sharifah Sakinah dalam drama Isteri vs Tunang.

Antara watak-watak antagonis Safra dalam Tuan Anas Mikael, Katrina dalam Tersuka Tanpa Sengaja, Atilia dalam Sha dan Shah, memang pada saya watak Amira dalam Isteri vs Tunang ini sangatlah berjaya dalam membangkitkan kebencian penonton. Lakonan yang berkesan!

Memang sangat menghayati watak atau Sharifah Sakinah memang begitu perangai sebenarnya? Hehehe gurau saja!

isteri vs tunang

Graf jalan cerita drama Isteri vs Tunang yang mula naik (jalan cerita mula serius) sejak episod ke 6 ini tak akan banyak turun naiknya kalau tiada watak Amira. Selain daripada watak Zaim Azfar yang macam buta dengan perangai Amira dan watak Alana yang tak cukup garang dan kuat (setakat ini) untuk hadapi Amira, drama Isteri vs Tunang turut diwarnai dengan watak Fakhrul (lakonan Azrel Ismail) yang degil selalu nak jumpa Alana walaupun dah banyak kali di warning oleh Zaim, watak Zain (lakonan Fahad Iman) yang penting juga sebagai backup dan pembantu Zaim bila Zaim buat benda bengong yang menyusahkan diri sendiri dan Alana.

Tapi kan, kalau part terlebih mesra antara Alana dan Zaim itu kalau ditiadakan, tak boleh ek?

Tanya je.






0 comments: