Keputusan SPM 2015 : Gagal bukan untuk selama-lamanya

Friday, February 26, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Keputusan SPM 2015 akan diumumkan pada hari Khamis, 3 Mac 2016 ini.

Mesti rasa berdebar-debar kan, bukan saja bagi pelajar, malah debaran mungkin lebih-lebih lagi bagi ibu bapa pelajar yang mengharapkan keputusan terbaik buat anak-anak mereka.

Selain daripada datang sendiri ke sekolah untuk mengambil slip keputusan, pelajar dan ibu bapa juga boleh menyemak keputusan SPM secara online atau sms:

1. Semakan keputusan SPM melalui online

Layari http://lp.moe.gov.my/semakan/ untuk semakan secara online. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran tanpa tanda sempang (-).

*laman di atas akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan.


2. Semakan keputusan SPM melalui  SMS

Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran Peperiksaan

dan hantar ke 15888

semak keputusan spm 2015 secara online



Bagi calon persendirian, keputusan SPM akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat di mana anda mendaftar untuk peperiksaan SPM dahulu.

Tahniah diucapkan bagi yang mendapat keputusan cemerlang.

Baca juga:
SPM lagi sebulan, dah bersediakah anda?
Lepasan SPM : Pening fikirkan ke mana hendak sambung belajar?

Dan bagi mereka yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan, tahniah juga diucapkan kerana telah berusaha sedaya yang mampu. Yang penting, jangan berputus asa. Keputusan SPM bukanlah penamat bagi segala-galanya. Perjalanan anda masih panjang.

Jutawan Internet, Irfan Khairi pun pernah gagal dalam subjek Prinsip Akaun ketika SPM. Tapi lihatlah di mana Irfan Khairi berada sekarang ini!

Pakar perniagaan dan pemasaran, pemilik Richworks Group dan usahawan, Dr Azizan Osman pun pernah gagal SPM kali pertama. Dan lihatlah berapa ramai jutawan yang telah berjaya dibimbing dan dilahirkan daripada seminar dan klinik usahawan yang dianjurkan beliau sehingga hari ini!

Tak mustahil kan kegagalan hari ini akan menjadi permulaan kejayaan di kemudian hari!




0 comments: