Dividen Tabung Haji 'memberansangkan', dividen KWSP 'berpatutan'.....

Saturday, February 06, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Selepas Tabung Haji mengumumkan dividen dan bonus yang menurut Pengerusi nya sebagai 'memberansangkan' (dividen tahun 2014 ialah 6.25% manakala dividen tahun 2015 ialah 5%, ini boleh dianggap 'memberansangkan' ek?),  kini pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula menanti dengan penuh 'minat'  dividen yang akan mereka perolehi.

Pengumuman dividen KWSP akan dibuat selepas Tahun Baru Cina dan menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) nya, KWSP akan mengumumkan dividen yang 'berpatutan' tahun ini.

dividen kwsp berpatutan
Sama-sama kita nantikan pengumuman dividen KWSP yang berpatutan itu...


Bagi tahun 2013, dividen KWSP ialah 6.35% manakala untuk tahun 2014 dividen KWSP diumumkan sebanyak 6.75%.

Jika dividen yang dianggap 'memberansangkan' ialah dividen yang berkurang sebanyak 1.25%, (merujuk kepada dividen Tabung Haji , daripada 6.25% turun kepada 5%), apakah pula agaknya peratusan bagi dividen KWSP yang dikatakan 'berpatutan' ya?

Sama-sama kita nantikan (dan berharap yang terbaik!)....




Lazada Malaysia

0 comments: