Hisap ganja boleh tenangkan tekanan akibat kos sara hidup?

Thursday, February 18, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

"Jadi apa salahnya kerajaan benarkan sahaja ganja di negara ini. Banyak kajian membuktikan tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja" - Syed Rosli Jamlullail (laporan Astro Awani)
Credit : astroawani.com

Kalau ikutkan statement di atas, tekanan kos sara hidup boleh ditenangkan dengan ganja.

Selain daripada berpandukan kajian yang dinyatakan dalam statement di atas, saya tak dapat nak komen kebenarannya sebab saya bukan penghisap ganja.

Seseorang yang tertekan dengan kos sara hidup seperti tertekan cari duit nak beli pampers anak, tertekan cari duit untuk belanja dapur, tertekan cari duit untuk belanja sekolah anak-anak, tertekan cari duit bayar pinjaman atau sewa rumah, dan lain-lain tekanan lagi yang disebabkan kos sara hidup, kini tak perlu bimbang dan tertekan lagi kerana telah ada cadangan yang sangat 'bernas' sebagai jalan untuk mengatasi atau 'menenangkan' tekanan mereka itu.

Mereka boleh menghisap ganja.

Setiap kali rasa tertekan dengan kos sara hidup, menghisap ganja boleh menenangkan (bukan saya yang cakap, tapi refer pada kenyataan di atas ya).

Selepas hisap ganja dan rasa lebih 'tenang', apa pula selepas itu?

Masalah kos sara hidup akan selesai?

Tidak. Masalah itu akan kekal dalam hidup mereka. Mereka masih rasa tertekan.

Apa lagi tindakan untuk tenangkan diri yang tertekan dengan kos sara hudup itu? Hisap ganja lagi.

Masalah kos sara hidup yang tinggi tidak akan selesai. Malah mungkin masalah baru pula akan muncul dalam hidup mereka. Masalah untuk dapat bekalan ganja yang berterusan untuk kekal 'tenang'

Saya keliru. Keliru dengan kenyataan di atas. Apa yang sedang cuba kita lakukan sebenarnya?

Adakah kita hendak menyelesaikan masalah atau hendak menambah masalah?

:(








0 comments: