Harga barang hanya boleh naik tetapi mustahil untuk turun?

Thursday, February 04, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Saya rasa agak marah dengan kenyataan yang macam tak berapa nak logik saya baca di lama Astro Awani tadi:

"Harga tambang pengangkutan awam tidak boleh diselaraskan sejajar penurunan harga minyak."
"Jelas Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar, harga minyak yang sering turun naik akan menyebabkan ketidaktentuan yang seterusnya mengganggu perkiraan kos operasi."
"Perkhidmatan pengangkutan awam ini tidak boleh ikut turun naik harga pasaran (minyak); kita tak boleh jangka perkara ini. Kalau kita selalu ubah, ia akan menyebabkan uncertainty (ketidaktentuan)."
Baca berita penuh di sini.

Alasan tambang tidak boleh diselaraskan dengan harga minyak ialah ia akan mengganggu perkiraaan kos operasi.  Tapi tidak pula terganggu perkiraan kos operasi semasa harga tambang dinaikkan bila harga minyak naik ya?

Ini sangat tidak adil!

Dan sebenarnya isu ini bukan sahaja berkait dengan harga tambang pengangkutan awam sahaja.

- Gambar hiasan - 

Bila harga minyak naik , para peniaga turut menaikkan harga barang-barang keperluan dapur. Alasannya mudah, harga minyak naik!

Bila harga minyak naik , para pengusaha kedai makan turut menaikkan harga menu di kedai mereka . Alasannya mudah, harga minyak naik!

Bila harga minyak naik , para pengusaha bas sekolah turut menaikkan harga tambang bas sekolah. Alasannya mudah, harga minyak naik!

Tapi bila harga minyak turun??

Bila harga minyak turun, tidak terjumpa pula peniaga yang buat promosi potongan harga sempena harga minyak turun menurunkan harga di kedai mereka secara sukarela.

Bila harga minyak turun, tidak pula tosai yang harga asalnya RM1.50 tapi dinaikkan menjadi RM1,70 selepas harga minyak naik itu diturunkan semula kepada harga asalnya RM1.50!

Bila harga minyak turun, tidak kedengaran pula ibubapa yang gembira dengan tambang baru bas sekolah yang telah diturunkan harganya.

Memang begitu kah 'peraturannya'? Harga hanya boleh dinaikkan dan mustahil untuk turun? Nanti akan mengganggu perkiraan kos operasi kan?

Apa dah jadi dengan kata-kata Menteri KPDNKK yang mengarahkan peniaga menurunkan harga barang bila harga minyak turun?.

Setakat tinggal arahan tanpa pemantauan? Atau penguatkuasaan yang lemah?

Sedih mengenangkan nasib sebagai pengguna di tanahair ku ini....



Lazada Malaysia

0 comments: