Kenapa kita semua suka kan hiburan?

Thursday, March 31, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Cerita hari ini. Kenapa kita semua suka kan hiburan?

Apa itu hiburan sebenarnya? Hiburan pada pemahaman saya ialah sesuatu aktiviti yang memberikan kegembiraan kepada individu yang terlibat dalam sesuatu jenis hiburan itu. Hiburan tidak terhad kepada aktiviti seperti nyanyian dan lakonan, pesta, festival, konsert atau drama semata-mata. Bagi sesetengah individu, melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan rekreasi juga adalah suatu bentuk hiburan bagi mereka. Bagi anak kecil, didodoi dalam buaian juga adalah suatu bentuk hiburan.

kenapa manusia suka kan hiburan


Kenapa kita perlukan hiburan?
Secara fitrahnya manusia memerlukan suka kepada perkara-perkara yang seronok dan menggembirakan. Selain itu, hiburan juga adalah suatu cara untuk melepaskan tekanan yang dihadapi dalam hidup seharian. Maka tidak hairan filem-filem di panggung masih mampu mencatatkan kutipan tiket jutaan ringgit biarpun dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu dan kos hidup yang meningkat.

Berhibur tidak salah asalkan tidak berlebihan dan melampau. Yang salah ialah apabila hiburan itu dijadikan perkara utama melebihi perkara lain yang lebih penting dalam kehidupan. Program-program hiburan mendapat tajaan yang berjuta-juta berbanding program ilmu dan keagamaan. Konsert lebih mendapat sambutan berbanding program kekeluargaan. Tambahan pula di era digital ini, segala bentuk hiburan sangat mudah diakses, segalanya hanya di hujung jari.

Hiburan hanya di hujung jari


Contoh mudah ialah menulis blog itu sendiri. Blog-blog hiburan dan gossip lebih mendapat tempat di hati golongan muda masakini (bukan kesemuanya). Bagi blog saya sendiri, saya dapati popular posts atau entry yang berkaitan dengan hiburan lebih popular berbanding entry-entry yang lain. Jika dilihat kepada carian kata kunci, lebih banyak yang menjurus kepada carian info sesuatu program hiburan, contohnya drama. Mungkin juga kelemahan saya sendiri yang masih belum berjaya menonjolkan entry bukan hiburan yang mampu menarik minat orang untuk membacanya!

Err, mungkin soalan ini agak menyimpang dari tajuk, tapi betul ke ada seorang peserta rancangan realiti nyanyian Ceria Pop Star merupakan seorang pelajar tahfiz?. Tak tahu nak komen apa, cuma terfikir apa dan ke mana arah tuju peserta itu selepas tamat program tersebut nanti. Mampukah istiqamah dengan hafazan di hati bila mula sibuk dengan konsert nanti?



2 comments:

Lebih banyak peluang untuk peniaga berasaskan food truck

Wednesday, March 30, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Nampaknya bisnes food truck semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Dan pihak yang berkenaan pun semakin memberikan perhatian dan peluang untuk bisnes food truck ini berkembang lebih maju.


ruang khas food truck di kawasan pejabat sekitar kuala lumpur


Peluang yang terbaru dan menarik ialah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan mencadangkan agar semua kawasan pejabat di sekitar ibu negara menyediakan ruang khas untuk kemudahan perniagaan berasaskan food truck ini.

Memang cadangan yang menarik. Walaupun kemudahan ini dibenarkan untuk peniaga food truck bagi waktu sarapan dan makan tengahari sahaja, itu pun sudah mencukupi untuk membuka jalan bagi peniaga berasaskan food truck yang baru hendak memulakan perniagaan jenis ini.

Baca juga :
Trend bisnes food truck di mana-mana
5 tips mudah untuk mulakan bisnes food truck
Bisnes food truck: Menu ringkas dan peluang di bazar..

Dengan adanya ruang khas di sekitar kawasan pejabat, pekerja-pekerja pejabat juga akan mempunyai lebih banyak pilihan selain di kantin pejabat, sebagai hidangan tengahari tanpa perlu pergi jauh daripada pejabat untuk membeli makanan. Ini dapat menjmatkan masa dan lebih memudahkan terutamanya bagi mereka yang sentiasa sibuk. Tambahan pula, keadaan cuaca yang panas ketika ini tidak menggalakkan orang ramai untuk terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama, jadi memang sesuai adanya food truck berdekatan kawasan pejabat.

Selain daripada Kuala Lumpur Food Truck Feast yang diadakan setiap minggu pertama dan ketiga di Dataran Merdeka, bermula September 2015 yang lalu, satu lagi festival yang melibatkan bisnes food truck ialah KL Cinta Makan Festival.  KLCintaMakanFest2016 yang dianjurkan oleh KL Food Truck Festival akan diadakan pada 21 dan 22 Mei 2016 ini di Zebra Square Kuala Lumpur, turut memberi peluang kepada peniaga food truck untuk turut serta. Bagi yang berminat, bolehlah intai info di FB KL Food Truck Festival di sini.


kl food truck feast

kl cinta makan festival


Selamat ber food truck!



0 comments:

Drama Aku Bukan Bimbo : Ending yang best atau tak?

Tuesday, March 29, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Penat tengok drama Aku Bukan Bimbo ni. Macam roller coaster turun naik jalan ceritanya. Baru sekejap ok, dah ada pula konflik lain yang muncul.

Saya silap dalam entry yang lepas. Ingatkan Azad boleh lupakan Elsuraya, rupanya tak. Masih mengharap dalam diam. Tapi Azad masih maintain cool nya walaupun kadang-kadang ada juga masa boleh nampak beberapa cubaan Azad untuk pengaruhi pemikiran Elsuraya mengenai Dani.

Drama Aku Bukan Bimbo - Azad dan Elsuraya

Drama Aku Bukan Bimbo - Azad dan Elsuraya

Drama Aku Bukan Bimbo - Azad dan Elsuraya


Kalau diberi pilihan untuk tentukan ending drama Aku Bukan Bimbo ini, saya pilih Azad dengan Elsuraya. Tapi macam tak mungkin kan sebab selalunya dalam ending drama Melayu hero nya akan end up happily ever after dengan heroin. Azad cuma second hero, supporting actor dalam drama ini.

Drama Aku Bukan Bimbo - Azad yang frust

Drama Aku Bukan Bimbo - Azad yang frust

Drama Aku Bukan Bimbo - Azad yang frust

Drama Aku Bukan Bimbo - Azad yang frust


Ada ke pernah second hero muncul jadi hero dalam mana-mana drama sebelum ini? Kalau ada pun mungkin 1 dalam 1000. Kenapa ya? Memang itu realiti nya, lumrah kehidupan. Orang hanya mahu kan yang best-best saja (hero hidup gembira dengan heroin itu kira best lah kan) sebagai ending. Itu yang jadi impian setiap orang dalam hidup dan itu juga lah yang dipaparkan dalam drama kita. Kalau lain daripada itu yang terjadi, dah kira tak best, dah kira tak menepati citarasa penonton. Lepas habis drama nanti mesti rasa macam tak puas hati (macam yang saya rasa bila tengok ending Oh My Ganu 2!, tak sangka ending macam tu!) , macam ada yang tak kena!

Baca juga:
Drama Aku Bukan Bimbo : Watak Azad best!
Drama Aku Bukan Bimbo : Elsuraya bukan bimbo!

Apa-apa pun, dah nama pun drama, tak perlu nak ambil serious sangat lah!
:p


0 comments:

Malaysia lawan Macau, ada kejutan dari Ultras Malaya?

Tuesday, March 29, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Saspen pula bila lihat post di FB HarimauMalaya menjelang perlawanan pasukan kebangsaan HarimauMalaya  HarimauMalaysia melawan Macau dalam perlawanan persahabatan antarabangsa malam ini. Perlawanan akan diadakan di Stadium Hang Jebat Melaka, bermula jam 8:45 malam.

Sumber : FB HarimauMalaya

Adakah insiden yang sama seperti perlawanan kelayakan Piala Dunia ketika pasukan Malaysia menentang Arab Saudi pada 8 September tahun lalu akan berulang kembali? Kalau dilihat pada poster di post FB HarimauMalaya tersebut ada ditulis 'Blackout'. Apakah maksudnya? Stadium akan bergelapkah? Semua penyokong Ultras Malaya akan pakai baju hitam kah? Penyokong akan bawa kain rentang gergasi warna hitam kah? Akan berulang kembali insiden baling suar, kali ini dengan asap berwarna hitam kah? (ada ke suar dengan asap hitam, saya pun pakai agak je).

Baca juga :
Kelayakan Piala Dunia : Malaysia lawan Arab Saudi - pemenangnya Ultras Malaya?
FAM didenda RM180,000. Apa kata Ultras Malaya?



Harap-harap tidak berlaku sebarang kekecohan yang boleh mengakibatkan kecederaaan atau kerosakan awam. Ramai yang sedia maklum kekecewaan Ultras Malaya sebagai penyokong tegar pasukan kebangsaan terhadap kepimpinan FAM yang masih tiada tanda-tanda menunjukkan sebarang perubahan. Dan Ultras Malaya sendiri sudah tiada jalan lain untuk menuntut perubahan dalam FAM selain menunjukkan protes dalam perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaaan.

siaran langsung malaysia lawan macau 29 mac 2016


Saya tak pandai sangat pasal bola, tapi kalau ada peluang memang saya tonton live perlawanan pasukan kebangsaan di tv. Bukan nak menggalakkan kekecohan, tapi kalau lah, kalau lah kan, Ultras Malaya ada sebarang rancangan atau kejutan untuk FAM pada perlawanan Malaysia menentang Macau malam ini, boleh tak jika kejutan itu dibuat selepas tamat perlawanan? Jadi tidak lah pemain rasa terkilan sangat tak dapat nak beraksi di padang untuk tempoh penuh 90 minit dan penonton juga tak rasa terkilan tak dapat tahu keputusan akhir perlawanan. Memang lah sebagai penyokong, kita semua pasti akan mengharapkan kemenangan atau pun setidak-tidaknya jika kalah pun dengan perbezaan jaringan yang tidak terlalu besar.

Saya mungkin tak dapat tonton di kaca tv malam ini, dan saya menanti dengan saspen apakah agaknya yang dimaksudkan dengan  'Blackout' itu...




0 comments:

Penjara terpaksa ditutup kerana tiada banduan!

Monday, March 28, 2016 Ana 0 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dutch prisons are closing because the country is so safe. (Techinsider.io)

(Penjara di Belanda akan ditutup kerana negaranya begitu selamat.)

Saya terbaca berita di atas yang di share oleh sahabat di FB.

Selepas 19 penjara di Belanda ditutup pada tahun 2013 kerana kekurangan banduan, kini 5 lagi penjara akan ditutup atas sebab yang sama.

Menarik kan? Selalu yang kita dengar ialah masalah penjara yang penuh sesak dengan banduan. Tapi di Belanda, penjaranya kekurangan banduan sampai terpaksa ditutup! Dilaporkan juga yang Belanda telah mengimport seramai 240 orang banduan dari Norway pada September tahun lalu, semata-mata untuk memastikan fasiliti di penjara digunakan.

Penjara Belanda ditutup kerana kurang banduan


Antara punca penjara ditutup di Belanda ialah undang-undang dadah yang tidak begitu ketat, lebih fokus kepada proses pemulihan berbanding hukuman dan sistem parol atau pemantauan menggunakan gelang kaki elektronik yang memberikan peluang kepada pesalah untuk memasuki alam pekerjaan.

Undang-undang dadah tidak boleh dikompromi di negara kita tapi mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada model pemulihan dan pemantauan pesalah yang digunapakai di Belanda.

Apa agaknya rahsia model pemulihan yang berjaya dan berkesan sehingga penjara pun terpaksa ditutup?

Mampu kah perkara yang sama berlaku di Malaysia suatu hari nanti?



0 comments:

Gambar yang menyayat hati :(

Monday, March 28, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Gambar yang menyayat hati :(


ahmed dawabsha
Kesan melecur akibat kebakaran dapat dilihat di muka
dan tangan Ahmed Dawabsha :(


Ketika anak-anak kita yang berusia 9 tahun seronok membuli seorang pelajar tahun 2 untuk menggunting lidahnya..

Ketika anak-anak kita asyik dengan gajet di tangan masing-masing seawal usia 4 tahun...

Ketika anak-anak kita sibuk berlatih untuk konsert mingguan rancangan realiti nyanyian...

Ketika anak-anak kita gembira bermain di taman tema di dalam mahupun di luar negara...

Ketika anak-anak kita menangis mengadu dirotan oleh guru di sekolah...

Ketahui lah ...

Nun jauh di bumi Palestin, ada anak kecil yang syahid ditembak tanpa belas kasihan...

Nun jauh di bumi Palestin, ada anak kecil yang kudung tangan dan kaki ditimpa ledakan bom...

Nun jauh di bumi Palestin, ada anak kecil yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata...

Nun jauh di bumi Palestin, ada anak kecil yang melecur muka dan badannya bila rumah dibakar oleh Yahudi laknatullah...

Dari FB Aqsa Syarif:
Anak kecil ini adalah mangsa dari tangan ektrimis Yahudi (penduduk haram) yang telah membakar rumahnya. Ahmed Dawabsha melecur seluruh badan manakala ibubapanya terbunuh dalam kebakaran tersebut.

Gambar ini menunjukkan Ahmed bertemu dengan saudaranya. Beliau masih mampu tersenyum kerana masih tidak faham bahawa dirinya adalah mangsa kekejaman Zionis Israel.


Dan di sini, kita hanya mampu melihat.

Sampai bila?

:(



0 comments:

Kaedah baru pinjaman pendidikan MARA

Monday, March 28, 2016 Ana 8 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

kaedah baru pinjaman mara

Mungkinkah syarat dan peluang mendapat pinjaman pendidikan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) menjadi lebih sukar selepas kaedah baru klasifikasi peminjam diperkenalkan?

Dengan kaedah baru ini, peminjam akan diklasifikasikan berdasarkan pendapatan keluarga masing-masing:

Bagi ibubapa berpendapatan kurang RM8,000 sebulan, peminjam akan mendapat pinjaman penuh (pinjaman yuran + sara diri)

Bagi ibubapa berpendapatan RM8,000 hingga RM15,000 sebulan, peminjam akan mendapat pinjaman yuran sahaja,

Bagi ibubapa berpendapatan melebihi RM15,000 sebulan, pinjaman tidak akan diberikan, tetapi mereka akan dibantu untuk dapatkan pinjaman bank atau PTPTN.


Macam mana kalau ibubapa berpendapatan RM8,000 hingga RM15,000 sebulan, tapi ada 10 orang anak dan ada warga tua yang perlu ditanggung? Kalau kes macam ini boleh ke dapat pengecualian dan berpeluang dapat pinjaman penuh?

Kalau ibubapa berpendapatan lebih RM15,000 sebulan, masih perlu ke memohon pinjaman MARA atau terus saja memohon PTPTN, sebab MARA memang sudah pasti tidak akan berikan pinjaman (berdasarkan syarat di atas)?

Kaedah baru ini dikatakan untuk memberi tumpuan membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta masyarakat luar bandar.

Mungkin juga ada kaitan dengan peruntukan yang diterima MARA untuk tahun ini iaitu RM1.7 billion telah berkurangan berbanding RM2.1 billion pada tahu sebelumnya.

Mungkin juga MARA terkesan dengan segelintir peminjam yang masih liat untuk membayar pinjaman mereka.

Untuk yang masih berkira-kira untuk bayar balik pinjaman mereka, mungkin boleh rebut peluang untuk mendapat diskaun pembayaran balik pinjaman sebanyak 50% ke atas baki pinjaman yang belum dijelaskan. Diskaun ini diperkenalkan sempena ulangtahun MARA yang ke-50 tahun.

diskaun bayaran balik pinjaman mara

Antara syarat-syarat untuk mendapat tawaran diskaun ini ialah:

- Pinjaman yang dibuat adalah pada tahun 2010 dan sebelumnya.
- Peminjam mestilah telah lulus pengajian.
- Peminjam tidak mendapat pengurangan bayaran balik (conversion).
- Bayaran balik mestilah dibuat secara sekaligus (lump sum)

Peluang ini haruslah direbut oleh para peminjam kerana kalau tak silap saya, ini adalah kali kedua MARA membuat tawaran diskaun bayaran balik pinjaman selepas tawaran diskaun 30% pada tahun 2009/

Hutang wajib dibayar ya!



8 comments:

Jom berbasikal di Putrajaya Bridge Night Ride 2016 (2 April 2016)!

Sunday, March 27, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Khas buat penggemar aktiviti berbasikal, Putrajaya Bridge Night Ride kini kembali lagi untuk tahun yang ke-2.  Acara berbasikal berbentuk fun ride yang akan diadakan pada 2 April 2016  ini selain daripada aktiviti kayuhan basikal pada waktu malam turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan seperti promosi dan jualan, demonstrasi, persembahan muzik dan cabutan bertuah.

putrajaya bridge night ride 2016
Sumber : redadventure.com.my


Bermula dari jam 8 malam dan dijangka berakhir pada jam 12 tengah malam, peserta akan dilepaskan dengan flag off pada jam 9 malam di hadapan Istana Kehakiman, Dataran Putrajaya. Sebagaimana nama acaranya, yang menariknya mengenai Putrajaya Bridge Night Ride ini ialah laluan sepanjang 20km yang akan dilalui oleh para peserta akan melalui 6 buah jambatan di Putrajaya seperti Jambatan Seri Bestari, Jambatan Seri Bakti, Jambatan Seri Perdana, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Gemilang dan Jambatan Seri Setia.

laluan putrajaya bridge night ride 2016
Sumber : redadventure.com.my

Pendaftaran untuk menyertai acara Putrajaya Bridge Night Ride ini telah pun ditutup dengan jumlah penyertaan sehingga kini mencapai 2100 orang peserta. Maklumat peserta dan aturcara boleh dirujuk di sini dan juga di sini. Peserta dikehendaki membawa basikal dan helmet keselamatan masing-masing.

Peserta yang telah mendaftar dengan yuran RM40 akan menerima goodies seperti medal (bagi yang berjaya menamatkan kayuhan), t-shirt, bridge ride drawstring backpack, air dan snek dan nombor cabutan bertuah. Difahamkan antara hadiah menarik yang menanti para peserta ialah hadiah sebuah basikal, tiket penerbangan, gajet dan barangan elektrik.

Bagi yang tak sempat mendaftar, boleh ke agaknya turut serta dalam kayuhan ini? Tak kisah lah tak
dapat goodies yang disebutkan di atas, asalkan dapat turut sama menikmati panorama malam yang indah di Putrajaya sambil mengayuh basikal!




0 comments:

Hari ini dalam sejarah : Ulangtahun pertama saya hantar surat cinta!

Sunday, March 27, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Hari ini dalam sejarah. Hari ini adalah ulangtahun pertama saya hantar surat 'cinta'. Surat 'cinta' kepada siapa ya?

Pada tarikh 27 Mac 2015, saya telah menghantar surat 'cinta' yang pertama sepanjang tempoh saya bekerja selama 13 tahun. Surat 'cinta' kepada boss saya. Surat berhenti kerja.

surat cinta saya


Sengaja saya pilih tarikh 27 Mac 2015 kerana ia nya jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Lagi pun dengan hantar surat kepada boss pada hari Jumaat sempat lah saya nak mempersiapkan diri pada hujung minggu memikirkan jawapan-jawapan yang bakal ditanya oleh boss pada hari Isnin nanti!

Susah sebenarnya hendak hantar surat 'cinta' itu. Menggigil tangan nak hantar surat 'cinta' untuk bagitahu yang saya akan tinggalkan tempat tumpah darah dan airmata selama 13 tahun ini. Saya dah atur masa untuk letakkan surat itu di meja boss kira-kira 10 minit sebelum waktu habis bekerja (supaya saya sempat cabut balik sebelum sempat disoal boss!). Kebetulan boss juga tiada di tempatnya kerana menghadiri mesyuarat. Kawan-kawan yang nampak surat di tangan saya masing-masing cuba menghalang saya letakkan surat itu di meja boss. Sampai ada kawan-kawan yang kata mereka akan ambil dan buang surat itu sebelum boss nampak!

Sms di handphone dan mesej pesanan dari kawan-kawan tak berhenti-henti terpapar di skrin komputer. Ada kawan-kawan yang tahu terlebih awal tentang keputusan saya ini tapi ramai juga yang tak percaya saya akan hantar surat 'cinta' itu. Mungkin kah sebab saya nampak macam pekerja yang sungguh setia hingga hujung nyawa?  Akhirnya, selamat juga surat 'cinta' itu sampai di meja boss saya. Saya pun balik ke rumah dengan perasaan yang Tuhan saja yang tahu.

Ingatkan segalanya akan jadi mudah selepas itu. Tapi bila saya jumpa boss pada hari Isnin, lain pula ceritanya. Boss saya kata dia tak buka pun surat itu. Dia kata dia takut nak baca! Dan surat itu telah di pass kan kepada boss kepada boss saya. Beminggu-minggu juga saya berusaha untuk dapatkan tandatangan boss pada surat berhenti kerja itu. Boss saya tak nak sign, boss kepada boss saya pun tak nak sign. Katanya saya masih boleh tarik balik keputusan saya. Akhirnya setelah campur tangan pihak HR, baru lah berjaya selesaikan masalah surat 'cinta' saya itu. Surat 'cinta' saya untuk berhenti kerja dengan notis selama 3 bulan.

Selepas saya yang memulakan hantar surat 'cinta', ramai pula yang ikut jejak langkah saya selepas itu. Dan akhirnya, boss saya menerima sejumlah 7 surat 'cinta' pada tahun lepas!


kenangan hantar surat 'cinta'


Dan setelah setahun berlalu, kenangan hantar surat 'cinta' berulang kembali. Sebabnya, ramai kawan-kawan saya yang juga telah buat keputusan hantar surat 'cinta' bulan ini. Mungkin sudah tiba masanya boss saya buat kajian kenapa setiap tahun ramai yang akan hantar surat 'cinta' kepadanya!

Semoga mereka berjaya dan dipermudahkan segalanya....



0 comments:

Cuti bersalin 6 bulan, berita gembira buat warga Digi

Sunday, March 27, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berita gembira untuk warga Digi, terutamanya yang sedang mengandung dan akan bersalin tidak lama lagi. Digi syarikat pertama di Malaysia yang akan memberikan cuti bersalin bergaji selama 6 bulan kepada pekerjanya. Ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan wanita dalam sektor digital.

digi perkenal cuti bersalin 6 bulan


Memang cuti bersalin bergaji selama 3 bulan yang digunapakai di kebanyakan syarikat swasta sekarang ini tidak mencukupi untuk si ibu mendapat rehat yang secukupnya selepas bersalin. Bayi yang baru dilahirkan juga masih terlalu kecil untuk ditinggalkan di rumah pengasuh atau taska. Hubungan yang erat antara ibu dan bayi masih baru ketika itu dan tak hairan lah semasa bekerja di pejabat dulu, saya selalu mendengar aduan kawan-kawan yang baru mula bekerja selepas cuti bersalin yang selalu teringat-ingat akan keadaan bayi yang ditinggalkan di rumah pengasuh. Bila dah teringat-ingat selalu pada baby, memang si ibu susah nak fokus buat kerja di pejabat.

Pastinya pihak Digi telah membuat penelitian yang mendalam sebelum membuat keputusan memanjangkan tempoh cuti bersalin bergaji bagi pekerjanya. Sudah pasti keputusan ini telah mengambil kira jumlah kakitangan yang mencukupi untuk menampung kekosongan staf yang cuti bersalin, kepakaran staf yang ada mampu untuk menjalankan tugas yang diambil alih daripada staf yang cuti bersalin dan juga ketiadaan staf yang cuti bersalin tidak memberi sebarang kesan kepada mutu perkhidmatan yang disediakan untuk pelanggan-pelanggan Digi.

Dan mungkinkah ada sebarang elaun khas atau ganjaran kepada pekerja yang mengambil alih tugas pekerja lain yang cuti bersalin selama 6 bulan itu? Ini penting juga bagi mengelakkan pekerja rasa terbeban dengan tambahan tugas yang diambil alih. Atau adakah akan diambil pekerja sementara untuk menampung kekosongan perkerja yang cuti bersalin itu?

Diharap juga cuti bersalin selama 6 bulan itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh si ibu untuk keperluan bayi mereka dan tidak disalahgunakan untuk membuat kerja-kerja sampingan yang lain.

Pada masa ini, Malaysia merupakan negara yang paling singkat cuti bersalinnya berbanding negara-negara lain di dunia, rujuk info di sini.

Adakah akan ada syarikat-syarikat swasta lain yang akan mengikut jejak langkah Digi dalam hal cuti bersalin ini?


0 comments:

Takut dibelasah, pelajar sanggup gunting lidah sendiri!

Saturday, March 26, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Murid tahun dua dipaksa gunting lidah sendiri.

Apa dah jadi dengan pelajar-pelajar sekolah kita?

Kes buli di asrama mahupun sekolah harian bukan perkara baru. Kes buli di kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah juga bukan perkara baru. Bahkan buli juga bukan terhad kepada pelajar lelaki, malah turut melibatkan kes buli di kalangan pelajar perempuan.

Tapi buli sampai dipaksa menggunting lidah sendiri??

Pelajar gunting lidah sendiri
Sumber : Astroawani.com

Dalam insiden semalam, seorang pelajar tahun dua Sekolah Rendah Bukit Tinggi, Klang telah dipaksa rakannya untuk menggunting lidah sendiri.Mangsa, Muhammad Ali Shukran Alias, 8, dilapor diugut akan dibelasah lima murid tahun tiga sekiranya enggan berbuat demikian. - AstroAwani.com

Tidak mustahil pelajar tahun dua itu pernah dibelasah sebelum ini. Dibelasah sampai trauma dan disebabkan takut dibelasah lagi, pelajar itu sanggup menggunting lidahnya sendiri. Ini bukan kes lidah 'digunting' oleh pelajar lain tapi kes 'menggunting' lidah sendiri! Boleh bayangkan betapa takutnya pelajar itu hingga sanggup buat apa saja untuk elak dibelasah?

Macam tak percaya bila dengar berita ini di tv tadi. Saya ingatkan salah dengar, hingga terpaksa kuatkan volume tv. Terpegun kejap tengok lidah pelajar itu yang dah terpotong di hujungnya dan baju sekolah yang ada kesan darah yang banyak.

Memang tak pernah dengar lagi kes buli seumpama ini.

Hanya berlaku di Malaysia!

:(



0 comments:

Tudung canggih beri manfaat kesihatan

Friday, March 25, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Tudung cas tenaga semulajadi. Tudung pertama di dunia beri manfaat kesihatan.

Bagi sesetengah orang ayat di atas mungkin bermakna dengan pakai tudung boleh beri manfaat kesihatan kepada si pemakai. Itu juga lah yang saya faham bila baca ayat penyata di atas. Contohnya bila pakai tudung ini boleh lindungi daripada sinaran matahari dan sebagainya.

Tudung beri manfaat kesihatan
Sumber : Utusan Malaysia 25 Mac 2016

Tapi dalam kenyataan di atas ini, memang tudung itu betul-betul ada fungsi yang boleh beri tenaga semulajadi kepada si pemakai nya. Menurut pengasasnya sebagaimana yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia, tudung tersebut ada aura tersendiri yang melalui proses teknologi zero poin. Antara manfaat tudung ini ialah dapat lancarkan pengaliran darah ke otak, kurangkan stress, menggalakkan pertumbuhan rambut, mengurangkan pening dan migrain serta dapat mencerdaskan minda.

Tudung canggih
Sumber : Utusan Malaysia 25 Mac 2016

Pertama kali saya dengar ada tudung sebegini (atau saya yang ketinggalan zaman, tak up-to-date dengan perkembangan fesyen tudung terkini?). Yang pertama kali saya dengar pakaian ada fungsi boleh kuruskan badan dan putihkan kulit ialah jersi yang diperkenalkan oleh Dr Vida QuPuteh yang boleh berfungsi melancarkan perjalanan darah kepada pemakai dan mampu bakar lemak.


Canggih ciptaan tudung ini. Selain ada manfaat kesihatan, mungkin juga boleh menarik minat wanita yang belum bertudung untuk mula bertudung. Ya lah, mungkin pada mulanya memilih untuk memakai tudung canggih ini sebab mahukan manfaat kesihatan yang ada pada tudung tersebut, tapi lama kelamaan tak mustahil timbul keikhlasan untuk bertudung dan tutup aurat atas tuntutan agama.

Saya tetap setia dengan tudung bawal!
:)


2 comments: