Nak berhenti kerja atau tidak?
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Nak berhenti kerja atau tidak?
Persoalan yang timbul petang semalam. Seorang sahabat hantar whatsapp kepada saya memberitahu yang dia akan hantar surat resign bulan April ini.
Saya terkejut dan pada masa yang sama rasa tak percaya. Sebab apa? Sebab sahabat saya ini pada pandangan saya seorang yang sangat komited dan dedicated dengan kerjanya. Bila diberikan projek, memang akan disiapkan dengan jayanya. Bila hadiri meeting, memang segala input dan ideanya bernas sekali. Bila diberikan production problem, pasti akan dikajinya dengan teliti hingga segala punca problem tersebut berjaya ditemui dan diselesaikan. Dan memang seringkali semua ini dilakukannya sendiri tanpa bantuan orang bawahannya yang memang selalunya balik kerja on time! Jarang hendak stayback dan tolong sahabat saya ini apa yang patut.
Jadi bila sahabat saya ini bagi tahu yang dia akan resign, saya kata kan padanya yang saya tak percaya. Saya kata kan yang saya hanya akan percaya setelah saya lihat sendiri surat resign nya! Selagi belum nampak surat itu, saya rasa sahabat saya ini hanya meluahkan rasa hendak resign disebabkan tekanan kerja sahaja. Nanti sehari dua, ok lah tu, mungkin semangat semula nak bekerja. Nanti lepas dapat bonus, mungkin akan bertukar fikirannya, tak jadi nak berhenti.
Selepas saya berhenti kerja kira-kira 9 bulan yang lepas, memang ada beberapa orang sahabat yang hantar whatsapp mengeluh dan mengadu yang mereka tak tahan lagi dengan tekanan di pejabat. Tak larat dah nak mengadap semua masalah.
Saya hanya boleh nasihatkan mereka fikir panjang dulu. Solat istikharah dulu. Fikir sehabis mungkin sebelum buat apa-apa keputusan. Jangan sebab orang lain resign mereka pun nak resign juga. Jangan ikut-ikut orang. Sebab apa juga hasil atau akibat dari keputusan itu, diri sendiri yang akan menanggungnya.
Memang adakalanya jika kita tinggalkan sesuatu perkara yang buat kita derita, sengsara dan tertekan itu adalah lebih baik daripada kita terus cuba bertahan. Jadi, terpulamg kepada setiap individu untuk menilainya sendiri.
Untuk sahabat saya itu, saya kurang pasti apa yang merubah dirinya daripada seorang yang komited menjadi seorang yang seakan dah merajuk dengan tempat kerjanya sekarang
Saya cuma mampu doakan yang terbaik. Saya akan tunggu surat resign nya bulan April ini! (walaupun saya agak yakin dia tak akan berhenti!)
0 comments: