Seronokkah bila terima rasuah sampai RM20 juta?

Sunday, March 20, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Kenapa orang beri dan ambil rasuah?

Soalan yang subjektif. Banyak jawapannya.


kes rasuah rm20 juta




Orang beri rasuah kerana persaingan, berebut untuk dapatkan kontrak berjuta-juta atau berbilion-bilion ringgit?
Orang beri rasuah kerana malas berdepan dengan pelbagai kerenah birokrasi untuk sesuatu urusan diselesaikan?
Orang beri rasuah supaya dilepaskan daripada tindakan undang-undang selepas mereka langgar peraturan?

Orang ambil rasuah kerana duit gaji tak cukup? Desakan hidup?
Orang ambil rasuah kerana rasa seronok dapat bermewah-mewah dengan duit rasuah?
Orang ambil rasuah kerana rasa dah berbudi pada seseorang dan budi mereka harus dibalas?

Kesimpulannya, antara punca rasuah ialah disebabkan rasa tamak, takut dan tiada pegangan agama.

Betul kah itu puncanya hingga sanggup menerima rasuah yang mencecah RM20 juta?
Bukan ribu, puluh ribu atau ratus ribu, tapi RM20 juta.

Setiausaha Bahagian sebuah kementerian dipercayai menerima wang suapan mencecah RM20 juta selepas disyaki mendalangi sindiket penyelewengan dana kerajaan - Astroawani.com

Bila sudah terima rasuah sampai RM20 juta, itu bukan lagi desakan hidup namanya. Itu dah masuk kategori tamak haloba.

Mungkin bermula dengan kecil-kecilan, dan apabila sudah gelap mata dengan lambakan duit di depan mata, rasa tamak haloba mula menguasai diri dan dosa pahala sudah tidak lagi terlintas di fikiran.

tamak punca rasuah?

Bagi yang sudah berkeluarga, tidak rasa bersalahkah menyuap nasi yang dibeli dengan wang rasuah, ke mulut anak-anak?

Tidak langsung ada rasa berdosakah tatkala tangan menerima habuan rasuah atau ketika melihat baki wang berjuta-juta dalam akaun bank, hasil daripada pemberian rasuah?

Bagi yang memberi rasuah, mungkin mereka merasakan wang adalah segala-galanya. Dengan wang mereka bagaikan berkuasa mutlak dan boleh 'membeli' sesiapa sahaja untuk menjadi lembu yang dicucuk hidungnya. Mereka lupa pada yang Maha Kuasa yang memerhatikan segala-galanya.

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)" Al-Baqarah:188

Ada banyak lagi cara untuk kaya. Dan terima rasuah bukan salah satu daripada jalannya.

Semoga lebih banyak pembongkaran akan dilakukan. Semoga lebih ramai yang akan sedar dari tamak haloba yang tak berkesudahan..






0 comments: