Lepasan SPM: Pening fikirkan ke mana hendak sambung belajar?

Monday, March 14, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....


Keputusan SPM 2015 dah selamat diumumkan pada 3 Mac yang lepas, Apa selepas ini? What's next?

Sekarang adalah masa nya untuk memilih. Mesti ramai lepasan SPM yang dalam dilema memilih antara program Matrikulasi, Asasi, Diploma atau melangkah ke Tingkatan Enam kan?

pening buat pilihan sambung belajar selepas spm


Perbezaan antara pilihan-pilihan di atas rasanya ramai yang dah tahu. Bagi yang masih kabur, mungkin boleh rujuk kepada maklumat yang banyak dikongsikan oleh encik google. Zaman saya dulu, masih belum pandai nak google, dan encik google pun baru berusia setahun pada masa itu.

Jadi, macam mana cara nya nak pilih ke mana dan jurusan apa yang kita mahukan?

Yang paling penting sekali ialah minat. Bila kita minat sesuatu jurusan itu, segala penat lelah mengharungi zaman pembelajaran tak akan terasa. Sebab dah minat. Semuanya indah belaka termasuklah peperiksaan, tesis, projek yang berlambak-lambak perlu disiapkan..

Masalah saya masa isi borang UPU dulu ialah saya sendiri tak pasti apa yang saya minat. Payah kan kalau macam itu? Jadi, saya pilih jurusan berdasarkan pilihan dan nasihat orang di sekeliling saya. Yang saya ingat, pilihan pertama saya ialah  program diploma di UTM Jalan Semarak. Program Diploma Sains Komputer kot kalau tak silap. Kenapa pilih diploma di UTM Jalan Semarak? Sebab itu yang paling dekat dengan rumah! Heheheh takut homesick.

Baca juga :
SPM lagi sebulan, dah bersediakah anda?
Keputusan SPM 2015: Gagal bukan untuk selama-lamanya

Pilihan kedua ialah program Matrikulasi di UKM Bangi. Saya harap sangat dapat pilihan pertama di UTM Jalan Semarak itu, tapi hampa. Sebaliknya dapat surat untuk kursus Integrasi Sains Komputer (kalau tak silap, saya pun dah lupa nama kursusnya) di UTM Skudai. Memang saya tak nak lah, sebab jauh. Kebetulan sebelum dapat surat UTM itu, saya dah dapat surat tawaran untuk program Matrikulasi Sains dan Matematik Lanjutan di UKM, Bangi.  Memang saya tak terima lah tawaran UTM Skudai itu!

Selepas tamat setahun program matrikulasi, sambung pula ke program ijazah dalam Sains Komputer selama 3 tahun juga di UKM. And the rest is history...

Apa yang saya nak cerita di sini sebenarnya ialah minat dan hala tuju itu sangat penting sebelum kita buat keputusan untuk memilih jurusan selepas SPM. Dan alangkah baiknya kalau minat dan hala tuju ini dipandu sejak dari zaman persekolahan lagi. Maksudnya, semasa di sekolah lagi pelajar telah mula dikesan kecenderungan dan minatnya. Dan dari situ, guru dan ibubapa boleh membantu pelajar untuk buat keputusan memilih hala tuju yang betul selepas SPM. Jadi para lepasan SPM ini akan lebih terarah dan jelas dengan pilihan yang bakal dibuat.

Jangan buat pilihan berdasarkan tempat belajar yang dekat dengan rumah , macam saya!. Tapi tak dinafikan itu juga satu faktor yang perlu dipertimbangkan, Ya lah, kalau dah homesick selalu macam mana nak fokus study kan?

Apa-apa pun saya tidak menyesal dengan pilihan yang saya buat selepas SPM. Dapat juga lah merasa pengalamam kerja sebagai programmer, analyst programmer dan system analyst selama 13 tahun.
Yang penting, hidup kena terus!

Selamat membuat pilihan yang tepat bagi semua lepasan SPM!




0 comments: