Cara sediakan aiskrim Malaysia dengan lebih cepat!

Tuesday, March 22, 2016 Ana 0 Comments



Cara sediakan aiskrim Malaysia dengan lebih cepat!



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Makan aiskrim Malaysia waktu tengahari yang panas terik memang tak terkata nikmatnya. Aiskrim yang terkenal di tahun 80-an dan 90-an ini kembali menjadi kegemaran dengan munculnya pelbagai resepi terbaru seperti aiskrim sumi yang viral baru-baru ini.

aiskrim enak ketika cuaca panas
Sumber : bukuresepi.com

Semalam saya terbaca dalam ruangan Usahawan Inovasi, Utusan & Zull Design di suratkhabar Utusan Malaysia mengenai mesin pengisian aiskrim Malaysia atau koktel. Ruangan ini memang mengetengahkan produk-produk inovasi Zull Design Autotronic yang bertujuan memudahkan urusan harian. Kali ini produk inovasi menarik yang diperkenalkan ialah mesin pengisian aiskrim Malaysia.

jual aiskrim guna mesin
Sumber : Utusan Malaysia

Aiskrim Malaysia adalah antara aiskrim yang tak begitu rumit penyediaannya selain aiskrim goyang. Mesin pengisian aiskrim ini dapat membantu untuk memudahkan dan menjimatkan lagi masa untuk menyediakan aiskrim Malaysia, Selain daripada aiskrim dapat diisikan ke dalam plastik dengan lebih cepat dan teratur, tenaga kerja yang diperlukan juga dapat dikurangkan dengan penggunaan mesin ini.

Anda hanya perlu mengisi aiskrim ke dalam mesin pengisian ini dan menekan butang suis supaya aiskrim atau koktel dapat diisi ke dalam plastik aiskrim secara semiautomatik - Utusan Malaysia 21Mac 2016 -

cara cepat sediakan aiskrim Malaysia
Sumber : Utusan Malaysia

kos buat aiskrim Malaysia
Sumber : Utusan Malaysia

Baca juga:
Aiskrim tak laku di musim hujan?
8 jenis aiskrim yang sedap!
Mari jual aiskrim!
Pakcik jual aiskrim dan pendapatan 4 angka...


Bagi yang berminat dengan bisnes aiskrim dan cara untuk menghasilkan aiskrim Malaysia dalam kuantiti yang banyak, mungkin boleh mencuba mesin pengisian aiskrim ini. Dengan menggunakan mesin pengisian ini, 12 batang aiskrim Malaysia dapat disediakan dalam masa 1 minit. Selain itu, anda boleh juga cuba tambahkan ilmu bisnes aiskrim dengan panduan bisnes aiskrim yang dikongsikan dalam e-book Bisnes Aiskrim tulisan saudara Afiq Dato' Rusly, yang terlibat secara langsung dalam bidang kulinari dan berpengalaman luas melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan.

Panduan Bisnes Aiskrim - Ketahui Cara Jana RM5k Sebulan Secara Part Time Dengan Bisnes Aiskrim. Klik di sini!

Selamat mencuba!


0 comments: