Yang baik dan yang buruk ketika cuaca panas melampau....

Monday, March 14, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Cuti pertengahan penggal pertama selama 10 hari baru saja bermula 12 Mac yang lalu. Baru saja mula bercuti, dah ada 'berita gembira' untuk para pelajar yang kemungkinan sekolah akan ditutup sementara jika cuaca panas melampau ketika ini menjadi semakin teruk bila sesi persekolahan dibuka semula minggu hadapan.

Sumber : sinarharian.com.my

Memang cuaca luar biasa panas sejak hujung tahun yang lalu. Bermula daripada bulan November 2015, suhu di Kuala Lumpur jarang turun rendah daripada 30 darjah Celsius dan paling tinggi ialah 36 darjah Celsius sejak hujung Februari sehingga hari ini. Di musim panas ini, keluar rumah sekejap pun dah berpeluh-peluh dan cepat dahaga. Kalau duduk dalam rumah dan set kipas pusing paling laju pun masih rasa panas dan tak selesa, tak dapat nak bayangkan macam mana keadaannya pekerja binaan yang kerja di bawah matahari terik di kawasan pembinaan.


cuaca panas terik di malaysia

Tapi kan, sesuatu perkara yang dijadikan Tuhan itu pasti ada manfaatnya. Yang bestnya semasa cuaca panas ini ialah bila jemur kain di ampaian,  setebal mana pun kain itu insyaAllah dengan cuaca panas terik ini kain akan kering. Selain itu, cuaca panas ini juga memberikan peluang rezeki berganda buat mereka yang ada bisnes air dan bisnes aiskrim. Untung kalau jual air dan aiskrim ketika cuaca panas ini. Dan ketika cuaca panas ini juga lah peniaga-peniaga dengan bisnes air dan bisnes aiskrim boleh tersenyum lebar kerana jualan air dan aiskrim mereka laku keras. Tak mustahil juga keuntungan peniaga air dan aiskrim berlipat ganda di musim-musim panas ini kan.

Ada yang berminat untuk ambil peluang berniaga aiskrim semasa cuaca panas ini? Klik untuk ketahui tips bisnes aiskrim di sini!

Selain cuaca panas, yang dirisaukan juga ialah bilangan titik panas di Riau yang masih belum reda. Jangan lah berlarutan pula sehingga akibatkan jerebu kembali lagi nanti. Bila tengok KLCC tadi pun macam dah nampak kabur-kabur sikit, adakah jerebu sudah kembali?

Keadaan cuaca panas yang berlaku sekarang ini dijangka akan berakhir pada bulan Jun nanti. Harap-harapnya begitulah, kalau cuaca panas masih berlarutan juga, sama-sama lah kita bertabah hadapi cuaca panas semasa bulan puasa kelak. Bulan Ramadhan tahun ini bakal bermula pada 6 Jun 2016 nanti.

Tips hadapi cuaca panas untuk elakkan strok haba pun rasanya semua orang dah tahu, dah banyak kali diingatkan di media massa, media cetak dan media sosial. Penting untuk minum banyak air, kurangkan aktiviti luar rumah dan elakkan pakai baju tebal.

Fenomena cuaca panas melampau tidak dapat dielakkan, yang penting  #jagabaikbaik jaga diri dan elakkan diri anda daripada strok haba!

Baca juga:
Awas bahaya strok haba!
5 cara jimat guna aircond di musim panas
Jimat elektrik dengan hanya mencabut plug soket?


0 comments: