Kisah IKEA dan pasar lambak...
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Saya baru tahu yang IKEA itu adalah kependekan bagi 'Ingvar Kamprad Elmtaryd Agunnaryd'.
Ingvar Kamprad ialah nama pengasas IKEA.
Elmtaryd ialah ladang tempat Ingvar membesar.
Agunnaryd ialah tempat kelahiran Ingvar di selatan Sweden.
Sumber : Astroawani,com |
Dengan asetnya yang bernilai RM163.4 billion, sudah tentu kita terbayangkan kehidupan serba mewah Ingvar. Kereta dan kediaman mewah serta pakaian dan kasut berjenama pastinya bukan sesuatu yang asing bagi Ingvar. Suatu yang sangat menarik bila baca kisah Ingvar ini yang tabiatnya suka membeli barang terpakai dan memotong rambut dengan harga termurah,
"Saya rasa saya tidak pernah memakai pakaian yang tidak dibeli di pasar lambak. Saya mahu tunjukkan contoh yang baik" (Astroawani.com)
"Saya biasanya akan memotong rambut ketika saya berada di negara membangun. Kali terakhir di Vietnam" (Astroawani.com)
Itu baru keperluan asas iaitu pakaian dan potong rambut. Kalau untuk keperluan asas pun Ingvar telah berjimat macam itu sekali, tidak mustahil kalau dalam hal yang lebih kepada keinginan dan kehendak (macam beli kereta baru, melancong tempat mewah atau hobi-hobi eksklusif dan lain-lain lagi) dia jadi lebih-lebih lagi jimat cermatnya!
Jadi memang tidak hairan lah jika sikap jimat cermat Ingvar itu membolehkan IKEA berkembang dan menjadi jenama yang terkenal di seluruh dunia dengan 381 cawangan setakat ini!
Kalau orang kaya pun boleh berjimat cermat (sedangkan dia mampu untuk berbelanja besar dan bermewah-mewah), kenapa tidak kita kan?
Mungkin tak perlu beli baju di pasar lambak, tapi kita boleh beli baju berdasarkan keperluan, bukannya beli baju baru setiap kali ada sale!
Mungkin tak perlu sampai ke Vietnam untuk potong rambut dengan harga yang murah, tapi kita boleh potong rambut di kedai mamak (untuk lelaki) dan tak perlu ke salon mahal yang kenakan caj yang dua kali ganda untuk potongan rambut yang sama dengan kedai mamak!
Mungkin kita hanya mampu bercuti mewah di Pulau Langkawi berbanding kenalan yang bercuti main salji di Hokkaido, tapi yang lebih penting ialah masa yang diluangkan bersama keluarga.
Mungkin kita tak mampu menaiki belon udara panas di Cappadocia, tapi sama saja kan pengalamannya kalau kita naik belon udara panas di fiesta belon udara panas di Putrajaya!
Mungkin kita hanya mampu memiliki kereta comel Kelisa dan bukannya Mercedes mewah yang menjalar di jalan raya, tapi yang penting kita tetap sampai ke destinasi yang dituju kan!
Mungkin kita hanya mampu beli katil atau set meja makan di kedai perabot tak berjenama dna bukannya di IKEA, tapi sama saja, denan perabot tak berjenama itu kita tetap boleh tidur dan duduk tanpa masalah kan!
Ukur baju di badan sendiri, jom kita mula kan sikap jimat cermat hari ini!
*kalau tiba-tiba kita rasa boros nak berbelanja,
Deep.. baru tahu jugak IKEA tu adalah berdasarkan founder dia.. hye ~
ReplyDeletesama lah, saya pun baru tau...:D
Deletetq ya singgah blog saya!