Showing posts with label Berhenti kerja. Show all posts

Hari ini dalam sejarah : Ulangtahun pertama saya hantar surat cinta!



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Hari ini dalam sejarah. Hari ini adalah ulangtahun pertama saya hantar surat 'cinta'. Surat 'cinta' kepada siapa ya?

Pada tarikh 27 Mac 2015, saya telah menghantar surat 'cinta' yang pertama sepanjang tempoh saya bekerja selama 13 tahun. Surat 'cinta' kepada boss saya. Surat berhenti kerja.

surat cinta saya


Sengaja saya pilih tarikh 27 Mac 2015 kerana ia nya jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Lagi pun dengan hantar surat kepada boss pada hari Jumaat sempat lah saya nak mempersiapkan diri pada hujung minggu memikirkan jawapan-jawapan yang bakal ditanya oleh boss pada hari Isnin nanti!

Susah sebenarnya hendak hantar surat 'cinta' itu. Menggigil tangan nak hantar surat 'cinta' untuk bagitahu yang saya akan tinggalkan tempat tumpah darah dan airmata selama 13 tahun ini. Saya dah atur masa untuk letakkan surat itu di meja boss kira-kira 10 minit sebelum waktu habis bekerja (supaya saya sempat cabut balik sebelum sempat disoal boss!). Kebetulan boss juga tiada di tempatnya kerana menghadiri mesyuarat. Kawan-kawan yang nampak surat di tangan saya masing-masing cuba menghalang saya letakkan surat itu di meja boss. Sampai ada kawan-kawan yang kata mereka akan ambil dan buang surat itu sebelum boss nampak!

Sms di handphone dan mesej pesanan dari kawan-kawan tak berhenti-henti terpapar di skrin komputer. Ada kawan-kawan yang tahu terlebih awal tentang keputusan saya ini tapi ramai juga yang tak percaya saya akan hantar surat 'cinta' itu. Mungkin kah sebab saya nampak macam pekerja yang sungguh setia hingga hujung nyawa?  Akhirnya, selamat juga surat 'cinta' itu sampai di meja boss saya. Saya pun balik ke rumah dengan perasaan yang Tuhan saja yang tahu.

Ingatkan segalanya akan jadi mudah selepas itu. Tapi bila saya jumpa boss pada hari Isnin, lain pula ceritanya. Boss saya kata dia tak buka pun surat itu. Dia kata dia takut nak baca! Dan surat itu telah di pass kan kepada boss kepada boss saya. Beminggu-minggu juga saya berusaha untuk dapatkan tandatangan boss pada surat berhenti kerja itu. Boss saya tak nak sign, boss kepada boss saya pun tak nak sign. Katanya saya masih boleh tarik balik keputusan saya. Akhirnya setelah campur tangan pihak HR, baru lah berjaya selesaikan masalah surat 'cinta' saya itu. Surat 'cinta' saya untuk berhenti kerja dengan notis selama 3 bulan.

Selepas saya yang memulakan hantar surat 'cinta', ramai pula yang ikut jejak langkah saya selepas itu. Dan akhirnya, boss saya menerima sejumlah 7 surat 'cinta' pada tahun lepas!


kenangan hantar surat 'cinta'


Dan setelah setahun berlalu, kenangan hantar surat 'cinta' berulang kembali. Sebabnya, ramai kawan-kawan saya yang juga telah buat keputusan hantar surat 'cinta' bulan ini. Mungkin sudah tiba masanya boss saya buat kajian kenapa setiap tahun ramai yang akan hantar surat 'cinta' kepadanya!

Semoga mereka berjaya dan dipermudahkan segalanya....



Tiada plan lepas berhenti kerja?

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berhenti kerja pejabat dan memulakan bisnes homestay?

Boleh berjaya ke? Itu lah soalan yang biasa ditanyakan kawan-kawan kepada si A.

Kenapa tak mulakan dulu bisnes homestay sambil bekerja, bila bisnes telah stabil baru ambil keputusan berhenti kerja?

Hati manusia lain-lain kan. Susah nak duga isi hati orang ni.

berhenti kerja


Mungkin di fikiran si A ini ada idea bisnes lain selain buat bisnes homestay. Dan mungkin juga simpanan nya mencukupi untuk tanggung kos kehidupannya sehingga 6 bulan atau setahun sekiranya bisnes homestay tidak berjaya atau bergerak perlahan.

Kawan-kawan ada cadangkan si A buat bisnes online macam jual tudung, jual produk kesihatan, jual dress, jual kerepek dan lain-lain barang yang hangat permintaan nya di pasaran online. Tapi si A menolak. Katanya tak minat hendak jual-jual barang ini. Selain itu, A juga tak rajin nak ulang alik ke pejabat pos untuk pos barang-barang pelanggan.

Kalau macam tu, buat lah bisnes online secara dropship?

Bisnes dropship pun A tak minat. Kata A, bimbang jika tak dapat nak layan semua pesanan pelanggan dan tak terurus dengan pihak dropship. Sebarang masalah di pihak dropship, A sebagai orang tengah yang kena menjawab kepada pelanggan.

Macam-macam pula alasan si A ni ya?

Tapi kan, kita tak boleh juga nak persoalkan si A ni. sudah pasti sebelum berhenti kerja , A telah berfikir panjang dan buat hitung kira segala kemungkinan yang perlu dihadapinya.

Tiada perkara yang tidak ada risiko di dunia ini. Dalam bisnes pasti ada naik dan turunnya. Bila bisnes tengah naik, pasti gembira. Bila bisnes merudum, pasti kecewa.

Nasihat Irfan Khairi kepada usahawan yang tengah down. Klik di sini!

Takutkan risiko, duduk saja diam-diam di zon selesa. Itu pun berisiko juga. Jika sudah terlalu selesa, mungkin sukar untuk terima sebarang perubahan dalam cara kerja, Jadi statik jawabnya. Mungkin jadi statik itu bukan masalah besar bagi sesetengah orang.

berhenti kerja


Apa-apa pun, seperti yang saya tulis di entry yang lalu, jika ingin mulakan bisnes, buatlah bisnes yang anda suka. Sesuatu yang anda minat dan suka, jika anda lakukan setiap hari pun anda akan rasa seronok dan tidak terasa seperti sedang bekerja kan?


Maafkan saya, kawan-kawan...

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dah berhenti kerja tapi rindu nak kerja balik?

Tak lah. Saya tak rindu pun nak kerja semula. Kalau ada pun ombak rindu perasaan rindu tu, saya cuma rindukan tempat kerja, kawan-kawan dan suasana pejabat saja.

Kerja-kerja kat pejabat? Err, saya tak rindu sikit pun!

Bukan sebab saya tak suka kerja saya ya. Tapi saya nak cuba keluar daripada zon selesa saya setelah lebih dari sedekad di pejabat itu (fuh , ayat macam bagus!).


berhenti kerja
Siapa lah agaknya yang ambil alih tempat duduk saya ni sekarang ya?


Yang saya tahu mereka di pejabat itu rindukan saya. Masih call saya bila ada problem di pejabat, masih whatsapp saya untuk tanya apa perlu dibuat bila ada problem dengan system di pejabat.

2 bulan selepas berhenti kerja, saya masih menjawab panggilan telefon dari pejabat bila mereka memerlukan bantuan saya. Selepas 2 bulan, saya tidak lagi menjawab call atau whatsapp daripada rakan-rakan pejabat yang berkaitan dengan tugas pejabat.

berhenti kerja
Hanya jejak-jejak kasih langkah saya yang tinggal di sini..


Saya minta maaf kawan-kawan. Bukan tak nak menolong, bukan sebab saya dah lupa/putus kawan selepas berhenti kerja.

Tapi saya tidak menjawab call atau membalas whatsapp sebab saya rasa saya bukan lagi sebahagian daripada warga company itu. Saya rasa tidak patut lagi kawan-kawan mendapatkan bantuan atau nasihat daripada saya kerana saya sudah dikira orang luar, bukan pekerja company itu.  Mana lah tahu, tiba-tiba nasihat yang saya beri salah atau tidak tepat dan mengakibatkan masalah besar kepada system, nanti saya pula dituduh sabotaj ex-company!

Lagipun, saya kan bukan pekerja company itu lagi, kalau nak nasihat atau bantuan daripada saya, saya terpaksa mengenakan 'charge' untuk setiap bantuan/nasihat yang saya berikan. Amboi!

Berhenti kerja merupakan satu keputusan yang paling besar yang saya ambil untuk tahun 2015 ini. Bukan senang nak hantar surat berhenti kerja tu. Mengigil juga lah tangan ni.

Apa-apa pun, tempat jatuh lagikan dikenang, ini kan pula pejabat tempat tumpah darahku airmata ku selama 13 tahun!

Saya tahu kawan-kawan akan boleh mengatasi segala masalah di pejabat tanpa bantuan saya!

"Sometimes you just need to let them miss you. They need to see the difference when you're not around or else your presence goes unnoticed - AwesomeQuotes4Eva"




7 sebab saya berhenti kerja

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini saya nak cerita sebab-musababnya saya berhenti kerja. Sudi-sudikan lah baca cerita saya ini ya!


berhenti kerja


Sebab pertama : Bosan kerana terlalu lama buat kerja yang sama

Saya telah 13 tahun bekerja di tempat yang sama. Pada 2 tahun pertama, saya ditugaskan tugasan A. Tahun ketiga , tugasan bertambah menjadi tugasan A + tugasan B, sehinggalah tahun ke-8, saya buat tugasan B sepenuhnya. Tahun ke-8 sehingga tahun ke-13, saya buat tugasan B + tugasan C + tugasan D.

Ya, tugasan saya pelbagai. Jadi orang akan tanya, kenapa pula nak rasa bosan?

Saya bosan sebab saya seorang sahaja yang buat tugasan-tugasan tu!

Walaupun saya ada team member, saya tidak mendapat kerjasama yang sepatutnya.

Bila perlu datang ke office waktu cuti, atau perlu stayback hingga larut malam, akan kedengaran lah 'bunyi-bunyi' sebegini:

"Kak, saya takde transport nak balik lewat malam"

"Kak, saya dah ada appointment dengan si polan, si polan"

"Kak, saya ada kelas malam ni"

Saya seorang sahaja yang nampaknya 'sentiasaaaaaa' ada masa untuk datang ke office!


Sebab ke-2 : Ketua yang kurang bijak mengatur resources (sumber manusia)

Bukan lah saya nak kata kan yang saya lebih bijak. Cuma, cuba anda bayangkan, saya selalu diganggu bila time saya bercuti. Sebab itu lah saya suka bercuti ke luar negara, jauh dari sini!

Itupun saya masih mendapat panggilan dari office ketika saya bercuti di UK, Jepun dan Australia.
Yang paling tidak dapat saya lupakan ialah 2 malam raya berturut-turut (malam raya pertama dan kedua), terpaksa bekerja kerana ada masalah dengan system!

Saya pasti tiada siapa yang suka diganggu ketika bercuti kan?

Semuanya kerana ketua yang kurang bijak mengatur resources. Dan bila saya tanya kan pada ketua, bolehkah diambil orang baru untuk sertai team saya, jawapan yang diterima 'sangat' menarik dan akan saya ingat sampai bila-bila:

'Don't be greedy!'

Malah sehingga selepas saya hanyar surat berhenti kerja pun, masih tiada siapa yang di assign oleh boss untuk ambil alih kerja saya. Sekurang-kurangnya patut ada lah seorang yang mula membuat kerja saya supaya tidak terus rasa terbeban setelah saya berhenti kerja.

Akibatnya, setelah 4 bulan saya berhenti pun, saya masih mendapat panggilan daripada office bertanya kan itu dan ini berkaitan kerja.



Sebab ke-3 : Team member yang kurang minat untuk belajar

Team member saya adalah terdiri daripada generasi Y. Sepatutnya, generasi Y ini banyak bertanya kan? (Y=why). Tapi tidak. Team member saya hanya membuat tugasan yang diarahkan tanpa mengetahui apa tujuan / matlamat akhir yang ingin dicapai daripada tugasan itu. Ok, untuk berlaku adil, bukan semua team member yang begitu, ada juga yang rajin bertanya.

Yang saya tak boleh tahan bila ada team member yang tidak tahu untuk membuat satu-satu tugasan, tapi tersangatlah berat mulutnya hendak bertanya. Bila saya tanya dah siap tugasan atau belum? Jawabnya, belum. Bila tanya tahu tak macam mana nak buat tugasan itu, jawapannya, tak tahu.

Oh tolong lah, kalau tak tahu, boleh tak buka mulut dan tanya ??

Disebabkan berat mulut nak bertanya, kerja akan bertangguh dan yang paling malangnya saya yang terpaksa menyiapkan tugasan itu kerana saya sebagai supervisornya!

Macam mana lah saya tak rasa nak berhenti kerja!


Sebab ke-4 : Bebanan tidak dikongsi bersama

Ini ada kaitan dengan sebab ke-2 dan ke-3.

Kerja saya dalam bidang IT melibatkan orang awam. Apabila system ada masalah, akan berdering-deringlah handphone saya berbunyi tanpa henti.  Masalah perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak aduan diterima di call center. Pengguna sekarang memang pantas. Ada problem sikit, terus komen di Facebook dan viral.

Saya tidak kisah untuk menguruskan dan menyelesaikan masalah system. Ini adalah tanggingjawab saya. Tapi saya sangat kisah bila team member tidak berminat untuk berkongsi bersama masalah system.

Apabila ada masalah, tiada yang berminat bertanya apa masalahnya, bolehkah dibantu dan sebagainya. Bila ada masalah, team member tidak menjawab panggilan bos dan user. Bila ada masalah, team member tidak tahu apa yang harus di periksa atau apa yang harus dijawab kepada bos.
Semua disuruh refer kepada saya!

Ok, mungkin mereka masih baru (masih baru ke kalau dah menjaga system selama 2-3 tahun??) dan tidak yakin untuk menyelesaikan masalah. Tapi perkara yang sama berlaku ketika membuat system testing (pengujian system).

Rakan-rakan di unit lain juga sering mengadu kepada saya kerana mereka sukar mendapat kerjasama dari team member saya ketika saya tiada atau bercuti. Bila mereka minta bantuan daripada team member saya, jawapannya mudah, "tunggu akak ni balik cuti!"


Sebab ke-5 : Sebab peribadi

Saya rasakan saya perlu meluangkan lebih banyak masa di rumah bersama emak saya. Saya tidak rasa saya sanggup untuk merisaukan hati emak saya lagi setiap kali saya perlu memandu seorang ke office jam 2 atau 3 pagi setiap kali ada masalah di pejabat.


Sebab ke-6 : Politik pejabat yang semakin teruk

Yang ini tidak terlalu mempengaruhi saya untuk berhenti kerja. Cumanya kadang kala agak sakit hati melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku di office disebabkan pilih kasih, favoritism dan undang-undang di pejabat yang semakin tidak membantu tugas orang-orang IT.


Sebab ke-7: Berlaku adil kepada orang lain

Disebabkan semua masalah di atas, rasa teruja datang ke office itu telah lama hilang. Bila semangat dah hilang, buat kerja pun tidak terasa seronok lagi. Dan saya rasa saya perlu berlaku adil kepada orang lain. Saya tidak mahu melepaskan rasa tidak puas hati kepada orang yang tidak bersalah dek kerana saya yang tertekan dengan masalah-masalah di atas.

Sebagai contoh, saya dapat panggilan jam 12 tengah malam daripada operation kerana ada masalah dengan system. Saya akan rasa tension. Tiada orang lain ke yang boleh di call selain saya? Disebabkan ini, saya mula akan rasa marah, dan marah itu dilepaskan kepada operation yang menelefon, sedangkan dia tidak bersalah.


dan sebab-musababnya banyak lagi sebenarnya.....


Mungkin ada yang akan kata "ala , masalah kecik je semua tu, takkan sampai nak berhenti kerja?"

Anda belum berada di tempat saya, boleh lah cakap begitu.

Anda ada masalah yang sama dengan saya? Rasa nak berhenti kerja? Share kan lah masalah anda di sini. Sharing is caring kan!



Selepas berhenti kerja, mampu kah saya bertahan?

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Wah...dah 2 bulan lebih tak meng update blog! Apa dah jadi ni! Apa nak jadi ni!

Jangan disalahkan sibuk puasa , sibuk raya dan sebagainya ya, salahkan kemalasan yang melanda diri untuk ke sekian kali nya!

Kemaafan dipohon jika ada yg mem follow blog ini (sah sah takde yang follow kan!!). Saya memang agak tidak terurus kebelakangan ini.

Selepas berhenti kerja hari tu, macam-macam projek ada dalam kepala, itu nak buat, ini nak buat, tapi Alhamdulillah setakat ni ada la satu projek yang sedang berjalan. Baru merangkak sebenarnya, belum berjalan lagi, sebab belum ada keuntungan heheh...baru lepas fasa menghabiskan duit untuk persiapan projek dan sekarang tengah mencari-cari prospek sasaran (ayat macam bagus je!)

Cabaran juga lepas berhenti kerja ni. Yang saya paling perasan sekali, saya dah berubah jadi orang yang kedekut! Ye ke kedekut? Bukan kedekut, mungkin lebih berhemah dalam berbelanja. Setiap kali nak keluarkan duit dari purse memang terbayang duit dalam akaun yang semakin berkurang. Budget talian hayat saya InsyaAllah boleh bertahan untuk 10 bulan lagi. Besar menggunung harapan untuk projek yang baru nak bermula ni dapat dijayakan dengan jayanya sebelum talian hayat saya tu putus. Ngeri nya membayangkan baki duit yang terpampang kat skrin ATM tu lepas 10 bulan nanti!

Apa-apa pun Allah sebaik-baik perancang, kita hanya mampu berusaha kan:

"Wa Makaru Wa Makara Allah Wa'llahu Khairul Makereen"
(Surah Ali 'Imran (3):54).

"They planned and Allah planned and Allah is the best of planners.
" Kita merancang, dan ALLAH juga merancang, dan Allah lah sebaik-baik perancang."



Sampai sini saja cerita untuk hari ini, InsyaAllah jumpa lagi di entry akan datang...:)





Saya dah berhenti kerja..what's next?

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem. Selamat Berpuasa.

Maaf lama tidak mengupdate blog. Saya tengah menyesuaikan diri dengan suasana baru. Suasana baru?

Misi saya telah separuh lengkap. Last day saya sebagai pekerja bank ialah pada 17 Jun 2015. Saya sekarang secara rasminya tidak bekerja. Duduk berehat di rumah ☺

Nikmat nya berbeza bila berpuasa di rumah. Ketika masih bekerja dulu memang terkejar-kejar ke bazar Ramadhan selepas tamat waktu pejabat. Kini, jam 3.30 petang dah meronda-ronda di bazar Ramadhan!!

Nikmat yang paling besar tentunya dapat lebih masa untuk beribadah. Tak perlu lagi mencuri masa. Kena beringat-ingat juga supaya tak leka dengan lebihan masa, nanti jadi sebaliknya pula, tak tau nak buat apa dengan masa yang ada!

Saya masih mencari-cari kerja sambilan yang sesuai dibuat dari rumah. Iya lah, kena juga fikirkan punca rezeki untuk menyara hidup yang akan datang ni kan.

Apa-apa pun, kita puasa dan raya dulu!!


 

Apa cerita hari ini?

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hujung minggu yang dinantikan setelah mengharungi hari bekerja yang panjang , sangat meletihkan dan sangat tidak best.

Dalam proses pencarian dan perjuangan untuk berhenti kerja, memulakan bisnes sendiri, mencari-cari bisnes online yang sesuai dengan jiwa raga, dan menjadi blogger yang berjaya, saya ditemukan/dijodohkan secara tidak sengaja dan kebetulan stumble upon/terbaca kata-kata hikmat yang sangat awesome, menarik tertarik d bom, menginspirasikan, mengujakan, memotivasikan, memberi semangat di surat khabar Utusan Malaysia pagi ini...

"DALAM HIDUP INI BUATLAH SESUATU KERJA YANG KITA SUKA DAN BUKAN SESUATU YANG KITA TIDAK SUKA DAN SECARA TERPAKSA"

"JIKA SESUATU MINAT ITU DILAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH SUDAH PASTI PENDAPATAN BOLEH DIJANA" (INSYAALLAH)

Best!




Saya nak berhenti kerja...saya dah penat...

assalamualaikum & salam sejahtera...

Berhenti kerja makan gaji bulan depan? Ya. Saya nekad berhenti kerja bulan depan.

Saya sekarang bekerja di sebuah bank di ibu kota. IT Department. Jawatan? Ada banyak nama untuk jawatan saya. Manager. Assistant Vice President. Specialist. Senior Executive. Itu semua tidak penting bagi saya. Ia hanyalah nama jawatan. 13 tahun saya bekerja di bank yang sama. Masuk hari ini, secara tepatnya, 13 tahun 22 hari. Bagi saya itu sudah cukup lama. Bagi sesetengah orang, itu baru setahun jagung.

13 tahun, dengan pendapatan terkini belum mencapai 5 angka. Sepadan kah gaji dengan kerja? Mungkin saya tidak cukup cemerlang untuk mendapat kenaikan gaji yang lebih tinggi?? Saya redha. Ada orang yang lebih baik. Yang lebih layak mendapat kenaikan gaji yang tinggi setiap tahun.

Saya dah penat. Saya nak berhenti kerja.

Penat dengan tugas adalah perkara biasa. Masih boleh diterima. Itu adat. Tetapi saya lebih penat dengan keadaan tempat kerja. Semakin hari semakin menyesakkan. Sesak pemikiran. Sesak dengan pelbagai karenah birokrasi. Sesak dengan pelbagai peraturan baru yang diwujudkan dengan alasan untuk menambah baik sistem sedia ada. Adakah sistem menjadi lebih baik? Lebih kurang masalah berbanding dulu?

Tidak.

Semakin ramai yang tidak berpuas hati. Semakin ramai yang berhenti dan berhijrah ke tempat lain. Adakah kami tidak boleh menerima pembaharuan? Adakah kami begitu rigid?

Saya dah penat. Saya nak berhenti kerja.

Penat dengan tugas yang semakin tidak masuk akal. Tugas yang memerlukan saya sentiasa alert..sentiasa on call. Sentiasa ada bersedia untuk menjawab panggilan pada bila-bila masa diperlukan. Saya bukan doktor. Doktor yang bergaji besar pun tidak bertugas seperti saya. Adakah saya MENYESAL ambil course Sains Komputer dan bekerja di bidang IT?
Tidak. Saya tidak menyesal.

Tapi saya dah penat. Saya nak berhenti kerja.
berhenti kerja, i quit, saya dah penat


Saya tidak larat lagi menanggung beban kerja seorang diri. Saya tiada team kah? Macam mana pula seorang berjawatan managet tidak ada orang bawahan? Ya. Saya ada team member. Saya ada orang bawahan. Tapi mereka tidak berminat dengan kerja. Setakat membuat ikut arahan. Jika tidak disuruh, kerja tidak akan dibuat. Jika ada masalah, mereka tidak dapat selesaikan. Masih perlu merujuk saya. Call centre masih terus menelefon saya walaupun yang bertugas minggu itu adalah orang lain. Kenapa? Kerana orang itu tidak menjawab panggilan. Orang itu balik kampung. Tiada coverage di kampungnya.


Saya dah penat. Saya nak berhenti kerja.


Saya tidak mampu lagi membuat keputusan sendiri. Sebarang masalah dengan sistem, saya yang perlu fikirkan sendiri penyelesaiannya. Tiada yang benar-benar ada pengetahuan yang sama seperti saya yang mampu saya bawa berbincang bersama. Saya harus fikirkan semuanya sendiri.


Saya dah penat. Saya nak berhenti kerja.


Saya penat melatih team member yang baru. Curahkan segala ilmu tetapi kemudian mereka berhenti kerja. Curahkan segala ilmu tetapi saya saja yang beria-ia. Mereka hanya menunggu disuap. Tidak ada inisiatif bertanya. Hanya berminat selesaikan tugas di pejabat kemudian balik. Sebarang masalah dengan sistem tetapi jika berlaku luar waktu pejabat, mereka serahkan kepada saya. Saya ada untuk selesaikan. Itu yang tertanam di kepala mereka. Generasi kini (bukan semua) ambil mudah semua perkara. Tiada inisiatif. Tiada minat untuk mendalami tugas mereka. Kenapa? Kerana saya ada. Mereka tahu saya ada sebagai tempat bergantung. Inilah SIKAP generasi kini (bukan semua ya)!


Saya dah penat. Sangat penat. Saya nak berhenti kerja.


Ya Allah, tetapkan hati ini supaya nekad dengan keputusan untuk berhenti. Tiada lagi langkah ke belakang. Rezeki ada di mana-mana. Berusahalah untuk mencari. Wang ringgit bukan keutamaan saya di saat ini. Apa yang lebih utama adalah ketenangan hati.

Saya berdoa dan berharap saya mampu menulis surat berhenti kerja itu bulan depan. Doakan saya.


Saya dah penat.



Siapa nak kaya??

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Anda nak kaya? Nak ada simpanan 2.5 juta setelah anda pencen nanti?

Apa punya soalan la ni kan..? Siapa yg tak nak kaya? Semuaaaaa org nak kaya!



Saya baru je dikunjungi ejen unit trust saya untuk menambah bilangan unit amanah...biasa le..saya menambah pun mengharapkan duit epf....masa sembang2 dgn ejen tu dia sempat la bagi sepatah dua nasihat kewangan nih...ejen tu pada saya seorang yg berjaya tau...bijak urus kewangan (kalo bandingkan dgn saya la...kalo dgn org lain, ada yg lagi hebat)...

Ejen tu asalnya vendor IT kat ofis saya ni...itu pun freelance...kontrak sekejap2 je...dia lebih seronok buat keje as ejen unit trust...selain tu ada gak buat part time photographer...rumah dah ada 3 bijik...2 disewakan kat orang..loan rumah semua dah settle..loan kereta pun dah abis bayar...dalam setahun ada la 2-3 kali dia melancong overseas...credit card takde...beli semua guna cash...katanya misi nak ada 3 juta atau lebih once dah bersara...bila saya tanyakan sekarang dah byk ke simpanan? Mesti dah sampai 1 juta kan? Selamba je dia jawab blum sejuta lg...skrg baru 1/3..wah dah 300k tu...hebat-hebat....kaya-kaya....

"Cuba awak fikirkan harga nasi lemak 20 tahun yg lepas, 50 sen boleh dapat sebungkus kan? Kalo skrg? Skrg harga sebungkus dah 2 @ 3 kali ganda...awak bayangkan lah harga nasi lemak 20 thn yg akan datang"

Analogi nasi lemak yg diterangkan ejen tu membuatkan saya berfikir panjang.....rasanya jual nasi lemak jika kena caranya pun bole buat seseorang itu jadi kaya....hendak atau tak nak je...di mana ada kemahuan di situ ada jalan kan....setakat niat nak kaya tapi takde usaha...memang hampeh le...blum terlewat lagi nak mulakan langkah agresif mengumpul kekayaan nih (nak kaya camana nye kalo sumber pendapatan dari makan gaji je )...kena usaha dan usaha lagi dan lagi untuk cari jalan tambah sumber rezeki....byk je caranya...online bisnes...pelaburan emas...main saham..unit trust...jualbeli hartanah....dan macam2 lagi....(setakat tulis idea kat sini buatnya tidak 😁)

Bila saya hadiri seminar percuma Dr Azizan Osman Kuasai Potensi Diri kat Wisma Mca 25 Jan yg lepas...memang berkobar-kobar la nak kaya...lebih2 lagi bila Dr cakap dia baru je beli 54 buah rumah (ternganga kejap bila dengar Dr cakap camtu). Saya sebiji rumah pun tak abis2 bayar lagi nih...tapi memang byk la yg dikongsikan Dr dalam seminar tu...nak tau lebih lagi kena hadiri kursus Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan...saya dah miss yg baru dibuat 5-8 Feb lepas....ye la time tu kat Australia lagi....

Saya pun tengah menyusun langkah ni....nak cari sumber rezeki lain untuk capai matlamat berhenti keje makan gaji....nak kaya tu memanglah impian semua orang tapi masih jauh lagi dari genggaman...takpe.. slow n steady  (steady ke??)..

Yang penting, selain usaha menjemput rezeki dan tawakal...doa pada Yang Maha Kuasa yg paling utama....insyaAllah...rezeki ada di mana-mana....☺
Dalam satu buku menjemput rezeki yg saya baca...mudahnya menjemput rezeki sebenarnya...laksanakan tugas kita sebagai hamba...nescaya akan dipermudahkan segalanya untuk kita...insyaAllah....

Di bawah ini salah satu buku yang boleh dijadikan panduan dalam mencari kekayaan dunia yang diberkati...rezeki yg berkat ni penting tau...kalo rezeki tak berkat memang kita akan selalu rasa tak pernah cukup dgn apa yg ada...masalah bertimpa-timpa...hidup haru biru..byk juga yg dikongsikan dalam buku ini...amalan dan petua menambah rezeki...punca2 rezeki sempit..dan byk tips2 yg lain...dapatkan buku ini dan terokailah sendiri rahsia2 rezeki yg belum anda ketahui.....

Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki! Klik Sini!