Refinance rumah anda...

Friday, February 27, 2015 Ana 59 Comments


Refinance rumah anda...


Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya membuat urusan pembiayaan semula rumah (refinancing). Saya telah membuat refinance untuk rumah teres satu tingkat saya yang terletak di Bangi. Sebelum buat keputusan nak refinance, puas juga saya merayau-rayau ke blog-blog pakar hartanah yang expert dalam hal-hal refinance ni...macam blog Abang Ensem , blog Farid Punya Blog , blog Eyriqazz.com , blog matjoe dan banyak lagi blog yang lain. Banyak juga urusan yang terlibat dalam proses refinance ni. Dari proses nak pilih bank, urusan dengan lawyer, valuer, pejabat tànah dan bank asal pinjaman.

Baca juga :
Harga rumah akan turun?
Buat duit dengan rumah sewa
Hak milik strata, deposit rumah dan pinjaman bank yang tak diluluskan...

Bermula dari 12/12/14, saya menghantar dokumen yang diperlukan ke Bank Islam (boleh rujuk imoney.com untuk senarai dokumen...tapi lebih baik confirmkan dengan bank yang anda nak buat refinance tu supaya tak payah nak berulang alik ke bank banyak kali). Hampir sebulan, selesai urusan dengan Bank Islam, sign Letter Offer pada 06/01/15...bermula pula urusan dengan lawyer dan valuer...dengan valuer dah settle pada 24/01/15 (saya ingatkan settle valuer dulu baru sign doc dengan bank..rupanya sign dulu sebab nak cepatkan urusan)... sekarang ni tinggal urusan dengan lawyer...lawyer kena settlekan dengan pejabat tanah dan uruskan pembayaran baki loan dengan bank asal...kata pejabat lawyer tu..insyaAllah hujung bulan 3 boleh settle dan dapat baki cash...kalau betul boleh settle hujung bulan 3 baguslah...seiring dengan surat berhenti kerja saya nanti...☺


Langsaikan pinjaman perumahan dalam tempoh 5 tahun atau kurang? Boleh ke? Tuan Azizi Ali kongsikan tips nya dalam buku beliau 'Langsaikan Pinjaman Perumahan Anda Dalam Tempoh 5 Tahun Atau Kurang - Edisi Ketiga'. Dapatkan di sini! 




Dugaan juga sebenarnya nak buat refinancing ni..panjang prosesnya..selain tu, dugaan lain ialah bila nak tentukan harga refinance tu...ini berbalik kepada tujuan kita nak buat refinance..ada yang refinance untuk dapat duit lebih nak renovate rumah, nak buat modal bisnes...ada yang refinance untuk dapat modal buat pelaburan hartanah lain...dugaan bagi saya bila nak decide nak refinance pada harga yang mana...ikut market value atau harga yang lebih rendah...akhirnya saya buat keputusan refinance pada harga yang lebih rendah bila memikirkan saya pun tiada punca pendapatan bila saya insyaAllah berhenti kerja bulan depan....harapkan duit refinance itu untuk membayar loan monthly sementara saya mem finalkan satu plan projek sebagai ganti gaji bulanan saya nanti...besar harapan saya projek itu akan berjalan lancar...aminnn...

 

59 comments:

  1. Refinance tu dia kira 10 tahun ke atau 30 tahun dari duit lebihan refinance tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply. Kiraannya 30 tahun dari jumlah refinance.

      Delete
  2. Good info. I'm also wanted to refinance my hse. Lock in period abes Mei 2016. Nk refinance ni ada Syarat yg kita kena permanent in employment ke?

    ReplyDelete
  3. Salam MaiFuza, tq singgah di blog saya. Setakat pembacaan saya yg masih kurang ilmu ni, pihak bank akan periksa jumlah gaji/komitmen (DBR : Debt Burden Ratio) untuk pastikan kita mampu nak bayar monthly payment refinance tu nanti. Asalkan boleh yakinkan bank (siap dengan bukti2 nya mcm payslip, akaun bank, akaun asb, fixed deposit etc yang kita ada) yg kita mampu nk byr monthly, InsyaAllah mungkin akan diluluskan.

    ReplyDelete
  4. SAlam/... encik dapat cash out dalam brape bulan ye.. saya pon bru bercadang nak refinance kat bank islam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Azmal, terima kasih ya singgah blog saya!
      Saya mula hantar semua doc2 yang diperlukan oleh Bank Islam sejak bulan 12, dan selepas lebih kurang 5 bulan dah boleh cash out. Tapi kena selalu follow up dan 'kejar' pegawai Bank Islam dan juga lawyer yang uruskan refinance tu..:)

      Delete
  5. Salam en.me. bayaran blk refinance en berapa thn?
    Btl ke mulai 2016 byrn Refinance hny 10thn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih ya singgah blog saya!
      Bayaran balik refinance saya ialah 30 tahun. Untuk bayaran balik 10 tahun itu, pada fahaman saya ialah tempoh bayaran balik utk wang tunai yg dikeluarkan drpd jumlah refinance itu. Mungkin En boleh refer cth di sini:www.hartanahdisini.com/had-10-tahun-refinancing-pinjaman-perumahan/

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. salam tn. sekiranya bank dah luluskan maksudnya loan kita approve kan? kalau bank da approve baru boleh ke lawyer dan valuer erk? tq

    ReplyDelete
  8. Salam, maaf ya lambat reply. Terima kasih singgah blog saya! Betul tu, selepas loan approved baru saya berurusan dgn lawyer dan valuer.

    ReplyDelete
  9. Mcm mana ngan kos guaman bole terangkan...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq singgah blog saya. Maaf ya lambat reply. Kos guaman bergantung pada firma guaman yang dilantik tapi secara umumnya ada standard pengiraan yang tertentu. Kos guaman refinance rumah saya dalam rm5k lebih. Mungkin boleh refer di blog berikut yang lebih arif:

      http://faridzaswadi.blogspot.my/2011/01/cerita-tentang-kos-guaman.html?m=1

      Atau

      http://tuanbri.com/blog/2010/07/kos-peguam-untuk-beli-rumah/

      Delete
  10. Bila encik hantar surat resign? Setelah loan approve atau setelah dpt cash outn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ya singgah blog saya. Saya hantar surat resign selepas loan approve.

      Delete
  11. Bila encik hantar surat resign? Setelah loan approve atau setelah dpt cash outn

    ReplyDelete
  12. Salam Tuan,
    Yuran guaman tu kita perlu bayar cash atau termasuk dalam loan amount.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tq ya singgah blog saya. Yuran guaman tu kalau tak silap saya boleh bincang dengan lawyer samada kita perlu bayar cash atau lawyer ambil dari loan amount. Untuk yuran guaman refinance rumah saya, saya bayar cash untuk cepatkan urusan.

      Delete
  13. Salam.. sy dah submit semua doc dkt bank islam dah 4 bln dah.. tp setiap kali call dia akn ckp pending approval, mmg lambat ke proses nk approve loan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tq ya singgah blog saya. Seingat saya, masa proses saya refinance dulu, saya submit semua doc pertengahan bulan December dan minggu pertama bulan January Bank Islam inform yang loan dah diluluskan. Cuma dapat duit loan itu yang kena tunggu lama sikit, dalam 3 bulan macam tu. Mungkin lagendakota boleh call dan tanya Bank Islam setiap minggu untuk tanya update.

      Delete
  14. Salam.. sy dah submit semua doc dkt bank islam dah 4 bln dah.. tp setiap kali call dia akn ckp pending approval, mmg lambat ke proses nk approve loan ni?

    ReplyDelete
  15. beli rumah guna loan kerajaan boleh buat refinance bank semula ke

    ReplyDelete
  16. beli rumah guna loan kerajaan boleh buat refinance bank semula ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya singgah blog saya. Saya pun kurang arif mengenai refinance rumah yang guna loan kerajaan. Tapi menurut en google dan soalan-soalan yang saya jumpa di blog ini:

      http://faridpunya.blogspot.my/2013/05/petua-refinance-rumah-lain-penilai-lain.html

      boleh jika hendak refinance rumah yang guna kan loan kerajaan.

      Delete
  17. Salam en, loan bank Islam saya br approve last mth. TP dalam letter offer tu dah disenaraikan bahagian2 yg akan dideduct spt yuran guaman, mrtt, termasuk skali hutang2 saya seperti car loan, credit card, personal loan & sbgnya. Maksudnya, bank akan setelkan semua hutang2 saya termasuk baki loan rumah dahulu, kemudian baru saya akan DPT baki cash out. Saya x setuju dgn t&c mcm ni SB cash out Sgt limited LPs tolak semua hutang2 yg saya RS xperlu lagi utk buat byran penuh spt loan kereta(baru setahun). Loan en mcm saya punya jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rozlizawanis, terima kasih ya singgah blog saya.

      Seingat saya (kalau nak confirm saya kena buka balik fail cari offer letter hehehe)tiada pula disenaraikan loan yang akan dideduct dalam offer letter saya. Seingat saya juga (kalau tak silap) hanya mrtt dan baki loan rumah dahulu saja yang ditolak sebelum saya dapat baki cash out....

      Delete
    2. saya sama kes mcm puan ni..tp mmg niat saya nak satukan loan sbb klu x, bank susah lulus..jadi dia tolak cash yg ptut dpt siap2..baki baru dapat..

      Delete
  18. Sy start bt prmhonan refinance bln 11..dgn bank islam..awal tu nk gn fov loan tp rupanya xbole. Gov loan bole utk trnsfer baki loan rumah sj..xde refinance..sy nk satukan loan.sbb xlrt byr byk loan..kes tlg adik brdik bt loan..las2 sy tersepit bila diorg xdpt byr balik..nasib ada rumah bole refinance..alahmdulillah pgwai bank islam urus scr pjj..dpt nombor dr blog mcm encik ni..bln12 dh sign offer letter dan valuer dan lawyer.tgh tgu utk bt settlement..kata lawyer ambik ms 2-3bln..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga urusan refinance Encik/Cik dipermudahkan. T/kasih ya singgah blog saya!

      Delete
  19. Bank islam kira kelayakkan refinance rumah mcmmana yea?sb sya bru plan nk refinance rumah utk setlekn personal loan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe saya pun dah tak berapa ingat syarat2 kelayakan refinance yang saya buat dengan Bank Islam dulu. Cuba juga buka file & cari nota2 penerangan oleh staf Bank Islam tempoh cari tapi tak jumpa. Yang saya ingat ada beberapa info yang diperlukan antaranya ialah maklumat tanggungan dan butir2 hutang yang kita ada seperti credit card dan pinjaman2 lain sekiranya ada....
      T/kasih ya singgah blog saya!

      Delete
  20. pengalaman saya dengan bank islam..nk refinance lebih kurg sama mcm nk bt personal loan..tgk komitmen kita, gaji bersih,harga semasa rumah..mcm saya..sy bt loan bank ms beli rumah dulu..bila nk setel loan2 lain, saya refinance rumah dgn bank islam..baki dari refinance tu dia tolak personal loan..sbnrnya saya komitmen tggi tp bergantung kpd pgwai yg urus jgk..blog encik sgt2 membantu..semoga Allah balas jasa encik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. T/kasih ya singgah blog saya. Gembira dapat membantu. Saya pun banyak perkara yang tak tahu mengenai refinance rumah, cuma berkongsi kan pengalaman saya uruskan proses refinance rumah dulu.

      Delete
  21. Assalam...sy pn bercadang nk refinance dr konvesional ke islamik...pandangan en.ok ke bank islam ni dr segi interest,caj2 yg dikecualikan serta servis..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam. T/kasih ya singgah blog saya. Pada pandangan saya, En. boleh survey dulu bank2 lain yang ada sediakan Islamic loan sbg perbandingan. Masa saya refinance dulu memang tak fikir bank lain, jalan terus saja ke Bank Islam jadi tak dpt nak bandingkan interest, caj dan servis dgn bank lain :D

      Delete
  22. Tq en..lg satu brp kos guaman,valuever yg dikenakan sbb sy ingt nk refinance tp nk tau kos2 tersebut....lg pn sy bercadang nk masukkn kos smua tu dlm loan boleh kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos guaman utk refinance saya dulu kira2 dalam RM4k dan kos valuer dalam RM1k. Jika tak silap kos ini boleh dimasukkan dalam loan tapi lebih mudah jika diselesaikan dulu secara berasingan.

      Delete
  23. Salam tuan yang baik budi lagi hemsem,

    ~Saya perlukan cash out dgn tujuan peribadi
    ~Saya aware dgn kenaikan installment selepas refinance
    ~Market value - 150 ribu

    Soalan saya;

    1) Rumah atas nama saya, semasa beli saya masih bekerja. Now- saya perlukan cash untuk tujuan peribadi.
    Saya ada bisnes online baru setahun lebih- SSM- checked, bank statement-checked.
    Saya baru rujuk bank- mereka perlukan SSM yang umurnya at least tiga tahun (ni masalah aku ni tuan) and bank statement enam bulan (ok ni takde masalah), &&&&& declare income tax (ni pun saya tak declare- bisnes kuih-muih je tuan..

    Selain tu jugak, pihak bank ada sarankan suruh jual je kat suami...ni mmg tak dpt nak teruskan pasal suami sudah memiliki rumah cost rendah (saya tak pasti negeri lain, tp di Johor tak di benarkan)

    aku macam dah tertekan ni tuan..mohon bantuan kalau2 tuan ada cadangan yg bernas.

    Salam,
    Atika

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. T/kasih ya singgah blog saya. Maaf lambat reply. Err...saya pun serba kurang info pasal refinance dan zero info mengenai SSM 😅 cuma berkongsi pengalaman saya semasa proses tersebut.

      Delete
  24. SALAM TUAN NAK TANYA SELEPAS SIGN CONSENT PEJABAT TANAH BERAPA LAMA LAGI PROSES UTK CASH OUT? SB SY PUN BUAT DENGAN BANK ISLAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. T/kasih ya singgah blog saya. Maaf lambat reply. Jika tak silap saya dalam lebih kurang sebulan lebih kemudian bank telah cash out.

      Delete
  25. Askm admin
    Sy nk tnye .. berapa tahun usia tu
    Rumah admin sblm refinance ke bank..sy blom stahun tapi sy fkr nk resign dan refinanced

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. T/kasih ya singgah blog saya. Maaf lambat reply. Rumah saya masa di refinance dah tua juga, dalam 8 tahun usianya.

      Delete
  26. as'salam...member sy nk refinance rumah tp dye xtahu mcm mne nk uruskan,bole tuan kongsi pendapat n pengalaman x.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. T/kasih ya singgah blog saya. Pengalaman saya buat refinance rumah serba sedikit macam yg saya kongsikan di atas tu 😊

      Delete
  27. Salam sy dh lulus loan refinance 7 march 2019. Agak2 bpa lama nak sign loan sign lawyer and lpas tu bpa lama bank akan setel hutang and cash out

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. T/kasih ya singgah blog saya. Bermula daripada tarikh saya hantar permohonan hinggalah kepada akhirnya bank cash out adalah lebih kurang dalam 3 bulan lebih.

      Delete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Cepatnyer 3 bulan dh cash out. Sy n rumah rizab melayu. Harap xdak msalah lain timbul. Sebab ada baca serata title individual title dgn master title mneyebabkan tempoh proses jd lg lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. InsyaAllah, semoga semua urusan refinance rumah saudari dipermudahkan.

      Delete
  30. salam. valuer bru lpas siap report rumah sy 8 mac 2019. agak2 bpa lma cash out. cik ana dlu amik msa bpa lma lpas valuer siap report. terima kaseh sudi layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. T/kasih ya singgah blog saya. Selepas valuer siap report, lebih kurang 2 bulan lebih saya dah boleh cash out ☺

      Delete
  31. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  32. Salam.. 11hb July ni lawyer panggil utk sign aggr.. Rasanya lama lg x proses cash out tu..Agak2 bape bulan lg ek tempoh tunggu.. Doakan urusan sya dipercepatkan ye.. Tq

    ReplyDelete
  33. As salam, saya nk tnya berapa lama kena tgu dari jabatan tanah, sbb saya dh buat semua hampir 5 bulan, lawyer ckp baru submit doc dgn jabatan tanah.. Kadang geram juga dgn lawyer ni.. Kata 4 bulan tp dh nak masuk 5 bulan x settle lagi,.

    ReplyDelete
  34. Assalam admin, nak tanya berapa lama masa yang diambil antara first disbursement dengan second disbursement

    ReplyDelete
  35. Hai bagaimana nak dapat tahu loan rumah Dan lulus....

    ReplyDelete
  36. Nk tnyer..ape 1st step bile nk buat refinance

    ReplyDelete