Senyumlah dari hati :D
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Senyum seindah suria, yang membawa cahaya....
Senyum lah dari hati, dunia mu berseri...
Senyum umpama titian...
Dalam kehidupan..
Kau tersenyum, ku tersenyum...
Kemesraan menguntum...
Senyum ...kepada semua...
Senyumanmu amatlah berharga...
Senyum...membahagiakan....
Dengan senyuman terjalinlah...
Ikatan...
Lagu 'Senyum' yang dinyanyikan oleh Jay Jay (kalau tak silap) pernah jadi lagu popular bukan saja di radio tapi juga dijadikan lagu untuk kempen senyum yang dianjurkan kerajaan. Tak jumpa pula siapa penulis lirik dan komposer lagu ini bila di google.
Saja nak tulis pasal senyum bila teringatkan orang ramai yang tersenyum-senyum masa saya ke Aeon membeli barang tengahari tadi. Jangan salah sangka ya, bukan mereka tersenyum-senyum kat saya. Memang senyum itu bagus, senyum kan satu sedekah, Tapi macam mana kalau senyum itu bukan kepada manusia, tapi senyum bila mengadap gajet?
Memang itu lah penyakit zaman moden ini. Senyum sorang-sorang bila mengadap handphone, tablet dan yang sewaktu dengan nya.
Dengan senyuman terjalinlah...
Ikatan...
Err..macam mana agaknya nak terjalin ikatan bila senyum pada gajet? Orang yang duduk kiri, kanan, depan belakang kita, kita tak pandang pun, apa tah lagi nak senyum kat mereka!
Senyum tak memerlukan sebarang kos, ia nya percuma.
Senyum juga tak perlukan sebab. Jumpa orang dalam perjalanan, bagi salam dan senyum, mudah kan?
Senyumlah (dan bersyukur) kerana masih dipanjangkan usia sehingga ke hari ini.
Senyumlah kerana masih diberi rezeki yang halal, cukup makan minum, pakaian dan tempat berteduh.
Senyumlah kerana masih diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan sebelum dijemput ke alam sana.
Senyumlah kerana masih sihat dan masih mampu guna tulang empat kerat untuk mencari rezeki.
Senyum ...kepada semua...
Senyumanmu amatlah berharga...
Senyum...membahagiakan....
Senyumanmu amatlah berharga...
Senyum...membahagiakan....
Senyum itu boleh berjangkit. Senyum juga umpama penawar bagi penyakit. Tak mustahil kalau bermula dengan senyum, boleh merebak kepada ketawa pula. Tak kira lah sama ada senyum atau ketawa, yang penting elakkan dari senyum atau ketawa sorang-sorang! Tak salah senyum sorang-sorang, mana lah tau mungkin tiba-tiba teringat perkara yang gembira kan. Tapi lebih berfaedah kalau hadiahkan senyuman kepada orang lain. Kita akan dapat pahala + dapat gembirakan hati orang lain + dapat kenalan baru + ceriakan suasana!
#senyumseindahsuria
#iwillsmiletodaybecause
0 comments: