Petronas lepaskan 1000 orang pekerja & Samsung berhentikan 620 orang pekerja. Apa selepas ini?

Wednesday, March 02, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Berita-berita kurang menarik mengenai pemberhentian pekerja di zaman ekonomi tidak menentu ini:

1. Kilang Samsung di Seremban ditutup, 620 orang pekerja terjejas. - Sinar Harian

2. Petronas akan lepaskan maksimum 1,000 pekerja dalam 6 bulan - AstroAwani


Mungkin angka 620 orang dan 1,000 orang itu nampak kecil pada kita, tapi pada pekerja-pekerja yang terlibat pemberhentian itu, berita ini adalah satu dugaan yang besar bagi mereka.


ke mana tujuan selepas diberhentikan kerja


Yang melegakan sedikit mungkin dengan adanya pampasan atau latihan bagi mempersiapkan mereka dengan cabaran yang menanti selepas diberhentikan nanti.

Rakan-rakan sekerja yang tidak terlibat dengan pemberhentian ini juga perlu memberikan sokongan moral kepada mereka yang terlibat. Dan sudah semestinya mereka yang tidak terlibat ini juga perlu mula beringat dan mengorak langkah mencari alternatif pekerjaan lain sekiranya mereka pula yang akan mengalami nasib yang sama nanti.

Saya suka dengan artikel #RetrenchmentBukanKiamat di laman Astroawani.com yang memaparkan kisah bekas kakitangan MAS terlibat dengan pelan penstrukturan semula MAS yang lalu. Daripada seorang jurutera pesawat, kini menjadi pencuci sofa kereta.

Begitu juga dengan kisah viral seorang kru penerbangan MAS yang kini menjadi pemandu teksi.

Bekas jurutera dan kru penerbanan itu telah membuktikan memang benar Retrenchment Bukan Kiamat!

Mungkin mereka yang terlibat dengan pemberhentian kerja ini boleh jadikan kisah bekas jurutera dan kru penerbangan ini sebagai motivasi untuk memulakan hidup baru selepas diberhentikan kerja.

**Viral juga ialah kisah pekerja IT di Disney yang diberhentikan kerja kerana kerjanya akan diserahkan kepada pekerja asing yang berhijrah ke US. Dalam kes ini, berbeza dengan pekerja Petronas dan Samsung yang diberhentikan, kerana pekerja disney ini 'digantikan'. Lihat klip di sini)**



Memang benar, hanya bercakap memang mudah dan tiada siapa yang tahu perasaan sebenar mereka yang terlibat dengan pemberhentian kerja ini melainkan mereka sendiri. Bekerja bertahun-tahun dan pengakhirannya tidak seindah yang diharapkan,

Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka. Dan yang baik-baik sahaja untuk kita semua. InsyaAllah.



0 comments: