Jom berbasikal di Putrajaya Bridge Night Ride 2016 (2 April 2016)!

Sunday, March 27, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Khas buat penggemar aktiviti berbasikal, Putrajaya Bridge Night Ride kini kembali lagi untuk tahun yang ke-2.  Acara berbasikal berbentuk fun ride yang akan diadakan pada 2 April 2016  ini selain daripada aktiviti kayuhan basikal pada waktu malam turut menyediakan pelbagai aktiviti sampingan seperti promosi dan jualan, demonstrasi, persembahan muzik dan cabutan bertuah.

putrajaya bridge night ride 2016
Sumber : redadventure.com.my


Bermula dari jam 8 malam dan dijangka berakhir pada jam 12 tengah malam, peserta akan dilepaskan dengan flag off pada jam 9 malam di hadapan Istana Kehakiman, Dataran Putrajaya. Sebagaimana nama acaranya, yang menariknya mengenai Putrajaya Bridge Night Ride ini ialah laluan sepanjang 20km yang akan dilalui oleh para peserta akan melalui 6 buah jambatan di Putrajaya seperti Jambatan Seri Bestari, Jambatan Seri Bakti, Jambatan Seri Perdana, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Gemilang dan Jambatan Seri Setia.

laluan putrajaya bridge night ride 2016
Sumber : redadventure.com.my

Pendaftaran untuk menyertai acara Putrajaya Bridge Night Ride ini telah pun ditutup dengan jumlah penyertaan sehingga kini mencapai 2100 orang peserta. Maklumat peserta dan aturcara boleh dirujuk di sini dan juga di sini. Peserta dikehendaki membawa basikal dan helmet keselamatan masing-masing.

Peserta yang telah mendaftar dengan yuran RM40 akan menerima goodies seperti medal (bagi yang berjaya menamatkan kayuhan), t-shirt, bridge ride drawstring backpack, air dan snek dan nombor cabutan bertuah. Difahamkan antara hadiah menarik yang menanti para peserta ialah hadiah sebuah basikal, tiket penerbangan, gajet dan barangan elektrik.

Bagi yang tak sempat mendaftar, boleh ke agaknya turut serta dalam kayuhan ini? Tak kisah lah tak
dapat goodies yang disebutkan di atas, asalkan dapat turut sama menikmati panorama malam yang indah di Putrajaya sambil mengayuh basikal!




0 comments: